Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, 6 May 2016

Apply lesen perniagaan butik

Salam semua.

Buat yang masih blur cana nak dapatkan lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran, meh aku cerita..

Aku pon tengah buat untuk Lesen Perniagaan Butik Roses aku kat Giant Putra Height tu.

Dulu aku dah bayar untuk runner buatkan lesen majlis tu. RM500 aku bayar kat dia.. Bayar bodo-bodo je.. Last-last kena pegi buat sendiri..

Padahal kalau korang pegi sendiri as an owner or kalau nak suh pembantu ke sape-sape yang free tolong buatkan pon boleh.. Kalau owner sendiri pegi tak yah buat surat la.. Kalau suh orang lain pergi korang buat je surat perlepasan kuasa untuk buat lesen. Subjek: Permohonan Lesen Perniagaan Butik Roses.

Pandai pandai la buat surat perlepasan kuasa tu. Tak yah surat berderet panjang pon.. Sikit sikit je..

Ok.. Balik dengan kisah aku pegi MPSJ. Aku bisnes area Subang Jaya. So kena la pegi MPSJ. Ikut la bandar mana korang duduk berniaga.

Kalau nak pegi sekali je pastu siap serta merta, korang bawa la semua dokumen. Dokumen yang diperlukan:

1 - SSM Perniagaan.

2 - Gambar ukuran passport owner

3 - Borang MPSJ untuk permohonan lesen perniagaan dan iklan siap diisi. Make sure korang tau signboard korang tu ade lampu tak..

4 - Dokumen Tenancy Agreement - STAMPING dah ok.. Stamping TA kat LHDN. Bayaran adalah mengikut berapa rate sewa korang sebulan. Aku punya murah je ari tu.. RM107 kot.. TA korang tu kalau da dapat terus stamping. Kalau lama sangat nanti kena penalti dek LHDN. Penalti LHDN tak la banyak sangat.. RM5 je..

5 - Layout lokasi. Pendek kata semua yang berkaitan lokasi, sewa tapak, perjanjian sewa beli bawa je..

6 - Gambar kedai, gamba signboard dan gambar lokasi semua kena ade. Kena berwarna la..

7 - IC owner.

8 - Aku tak ingat. Kalau boleh download kat MPSJ website borang depa nih.. Kol la minta email ke..

Da cukup semua bwa la pegi MPSJ. Ambik nombor kena beratur. Kecuali ko OKU, Warga Emas and Wanita Mengandung.

So aku bawa semua dokumen cukup cukup. Kat kaunter dia tanya nak buat lesen baru or lesen serta merta. Aku jawab la nak lesen serta merta..

Aku tanya la berapa kos nak buat lesen tu.. Dia cakap tak yah bayar dulu. Tak yah bayar.. Aku dah blur. Bila masa plak buat lesen FREE nih.. Rupanya kalau korang apply untuk Lesen Baru. Lepas 2 minggu baru siap lesen semua baru bayar kot.

Aku jawab la nak lesen serta merta. Sampai bil RM960. Mau tergolek aku tengok. Dahlah tak bawa kad. Rasa nak hempuk gak orang kat kaunter tu. Tak yah bayar ape nya.. Dahlah kalau korang ambil permohonan lesen serta merta, kena bayar tang tu gak. Kena bayar hari tu, tarikh tu gak..

Tension. Ngam plak aku buat time orang nak rehat sembahyang jumaat. Aku balik la gi rumah ambik kad aku. Dah sampai MPSJ balik da tutup. Ape ke jadah nya..

Sekarang ni aku tak tau la status lesen aku.. Waaaaaaaaa

Isnin ni kena kol la MPSJ. Rasanya 2 minggu lagi baru boleh dapat lesen tu..  Sway betul.. So, sebelum korang apply lesen serta merta, check dulu ada bawa duit cukup takkk..

Nanti ade berita aku update sini.. Harap tak kena blacklist la. Ingat MPSJ tu dekat ke.. Waaaaaaaa

Sunday, 6 March 2016

Insurance Policy Cancel or Surrender or Terminate

Salam semua..

Lama aku tak bersiaran. Tengah sibuk tulis surat untuk cancel insurance mak aku..

Biasa lah.. Orang tua.. Kalau kol ke dia mana dia faham sangat pasal benda2 baru ni.. Zaman purba dulu mana ade insurance2 nih..

So, mak aku di kol oleh orang BSN. Offer insurance kata nya. Tak mahal pon. Ade 3 jenis covered insurance;

1 - Snatch Guard

2 - Hospital Income Plan Master Policy

3 - Home (aku tak ingat.lupa plak bawa policy tu)

So yang snatch guard bulan2 bayar RM20. Hospital income RM30.74. And yang home tu RM50 kot..

Total bulanan RM80+ la.. Tak banyak bagi sesetengah orang. Tapi bagi orang tua yang kuat berjimat cermat, RM10 tu precious sangat bagi dia.

So, mak aku start bayar insurance mula 2014. Dia mintak terminate la 2016. 2 tahun bayar. Dia minta aku cancel kan.. Tapi disebabkan takut kena deduct lagi duit dari duit simpanan bank BSN dia, aku pon suh mak aku kua kan semua duit dia..

Hehe

Rasa macam tak berbaloi kan.. Memang pon.. Kalau nak ambik, ambik la yang padan ngan umo nya. Da tua ambik la hospital covered. Segala bagai disease tu.. Isk..

Sabo je la..

So last week aku kol la Customer Service dia. 1800 88 88 11. Tapi disebabkan bukan aku pemilik policy tu dia mintak mak aku cakap ngan dia.. Gila hape.. Mak aku kat Sarawak. Aku kat KL.

So, dia mintak aku tulis surat je.. Akan ambik masa 5 hari bekerja katanya..

So aku pon anta surat ke dia.. By email la kan of course. Email: AIGMYCare@aig.com

Nanti da dapat feedback dari AIG aku update lagi..

Byeeeeeeeeee


_________________________________________________________________________________

Updated:

I had write the letter to AIG and after few days they replied and accept the termination. Maybe writing a letter is the fastest way guys!

If you need example of my letter, please email me ok.. Or you can drop your email at comment below.

Sunday, 11 January 2015

Cafe Review: Makan di Chop d'Stop Cafe

Salam semua,

Teringin nak kongsi pengalaman makan kat 1 cafe jual western food di Bazaar Rakyat Seri Kembangan.

Lokasi adalah bersebelahan dengan Giant Seri Kembangan. Sekeliling kawasan tu adalah perumahan. Ade bangunan 2 tingkat warna kuning kalau tak silap. Parking banyak. Kedai tak berapa banyak buka kalau malam..

Husband aku memang dah lama sebut western food kat kedai sini famous, sedap kata nya. So, malam tu aku beralah la.. Follow je la.. Tapi aku tak rasa nak makan pon. Nak minum je..

Masa sampai tu memang ramai orang. Time tu kol 8.30pm kot.. Malam minggu kan.. So ramai la lepak situ..

Husband aku order la Chicken Grill Cheesy. RM14 kot harga dia..Aku nak minum je so order la Apple Juice Jumbo. Gelas besar. Harga pon biasa je.. Tak murah, tak mahal..

Pak Cik yang amik order tu bgtau la siap2 western lambat siap ni.. So kteorg order la Mushroom Soup Set. Siap ade garlic bread lg.. Ingatkan kalau lambat sangat grill tu blh la mkn mushrom soup set tu dulu..

Air jus apple sampai setengah jam kemudian..Tunggu punya tunggu sampai jam 9.30pm tak dapat2 lagi makanan.. Aku tengok meja2 sebelah yang sampai sebelum kteorg ni pon tak dapat2 lagi..

Ngam plak kami duduk depan kedai tu je. Tengok2 brader (bos dia kot) tu masak sorang je. Dia la rebus jagung. Dia la goreng fries, Dia la grill chicken n beef.. Mana lah tak lambat kan??

Dah tunggu sejam dah panas je bontot.. Aku siap abis baca paper star yang tebal tu. Semua news aku baca. Makanan tak sampai2 lagi..

Pastu ade satu meja ni nak blah da.. Ngam2 mknan dorang baru siap. Pastu dorang cakap la x jadi nak mkn sebab lambat sangat. Yg brader tukang masak ni tak boleh terima orang cancel order. Habis dia pekik, jerit mamat yg anta makanan tu. Suh customer tu makan jugak western dorng tu.. Last2 customer tu tapau je.. Yelah kalau family beranak pinak ade budak kecik.. Dah hening2 malam xkan nk tunggu lama lagi.. Budak nak tido kot..

Jam 10pm sampai la makanan kteorg. Pastu yg sampai Chicken Grill Cheesy tu je.. Mushroom Soup Set da abis dia cakap.. Aku time tu dah malas nak gaduh.. Bateri da kong sebab lemau menunggu..

Husband aku da bising da. Dia kata kalau xde mushroom set tuka dengan beef grill steak. Benda da abis nape tak kabo awal kan?? Dia cakap buat masa sekarang kalau nak tambah dan cepat siap ade Chicken Grill Cheesy tu je.. Aku cakap la xnk makan pape.. (-_-)


Laki berbaju hitam tu la brader masak.. Dia la yg rebus sayur jugak.. Slow motion je dia masak.. Tapi temper dia mengalahkan Hulk. Haha

Kami makan. Rasa biasa je. Biasa sebab ape? Sebab makan hati lagi banyak. Marah, penat, ngantuk, annoyed, dan sebagainya.

Aku menulis bukan sebab nak menjatuhkan kedai ni. Tapi untuk pengajaran semua orang. Konsep kedai ni adalah, kalau tak sanggup menunggu, jangan datang. That's it.. Actually kedai sebelah2 ade gak jual makanan biasa. Yang aku komplen banyak untuk bahagian western je..

Kalau nak menjual biar seikhlas yang boleh. Kalau tak boleh percaya dengan orang lain buat western food, jangan buka kedai. At least bia la orang lain tolong rebus jagung, rebus sayur, goreng fries. Kalau ade cerita sebalik masak-masak ni aku xnk tau. Sebab customer datang untuk makan dan kalau service dan makanan ok, dorang pasti datang lagi.. Kalau situasi kedai macam ni, sekali datang je bawa kenangan pahit dan buruk, xkan ade orang datang lagi dah..

Bukan kami je yang panas bontot malam tu.. Ramai.. Kalau macam ni la.. Aku lagi rela bayar service tax KLCC 16% asalkan dapat makan dengan senang hati dan tak de kontroversi.. At least tak yah menunggu 2 jam!

Like people always said. Melayu mudah lupa. Melayu tak kan maju kalau tak berani move forward. Indeed! I was like.. Hurmm? Wake up la.. You think your cafe was famous enough to cater the whole residents of Seri Kembangan? Not yet until you change your mind set!

Pissed off, that is the most terrible cafe I ever met.

So readers, kalau ade kedai western food sedap yang laen, please let me know ok..


Chow




Monday, 8 December 2014

Isteri gila shopping online? Wajar kah di halang?

Salam semua..

Topik tak boleh blah kan.. Haha

Aku rasa terpanggil nak buat post pasal benda ni.. Since kejadian suami isteri gaduh kat FB Zalora, lepas tu Zalora bg stok setahun ke bini dia..

Aku addicted shopping online gak. Aku mengaku. Lebih2 lagi bila aku mempunyai gaji sendiri. Gaji engineer. Makan sorang. Tak de anak. So, agak2 korang lepas tolak saving, bg mak ayah, belanja adik kolej, dan bayar sume hutang, banyak lagi baki duit aku.. Lagi2 laki aku memang tak pernah heran ngan gaji aku.. So, haruslah shopping kan..

Kalau dulu banyak barang yang aku beli online masih tersimpan dalam kotak. Tak sempat pakai lagi da datang yang baru.. Husband aku plak slalu outstation.. Mana la dia tau umah dia penuh ngan kotak Zalora, Fashion Valet and etc..

Itu kisah bila aku bekerja dan mempunyai duit sendiri. Sekarang, lepas aku dah berhenti kerja (refer previous entry kalau nak tau kenapa) dan tidak mempunyai duit sendiri, baju harga RM70 dah mcm harga RM700. Before tekan Checkout tu berkira dulu, perlu ke beli baju ni. Bila nak pakai?Muat tak ni? Sesuai tak ngan aku baju tu? Macam2 soalan.. Sebab aku tau aku nk shopping guna duit laki aku.. Rasa tak best..

Berbalik ngan topik blog aku hari ini. Wajar ke suami halang isteri yang gila shopping online? Bagi aku WAJAR dihalang SEKIRANYA OVERDOSED! Well, aku tak tau la kisah para-para suami yang menghalang tu kenapa. Tapi, sekiranya si isteri beli online melebih2 sampai duit laki abis di kebas nya sampai makan minum pun tak cukup tu memang harus di halang la..

Kalau mampu tak pe. Serius. Mampu beli tanpa menggunakan duit laki. Yang mana gila shopping tu biar menggila. Tapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan keluarga sendiri..

Untuk penjual online pun tak boleh disalahkan. Lebih2 lagi ujung taun ni.. Dorang tau ramai yang dapat bonus ujung taun, gaji naik la, so inilah masa yg perfect untuk buat sale ujung taun and sale Christmas..

Contoh nya ari ni je Zalora & FV anta email ade sale 75% & 15%. Tak ke banyak potongan tu? Hiu hiu hiu...

Ko tengok benda ni tak teruja ke??? Haruslah teruja...

Waaaaaaaaaa  korang boleh tahan ke tengok ni..


Tak cukup dengan email, dorang mesti anta notification kat apps handphone. Kalau korang ade install Apps Zalora kat henfon faham la.. Yang mana tbe2 kua notification pasal sale2 ni.. Sekali ignore boleh.. Kali ke-2 pop up pasal benda sale ni korang tak teruja nak tengok ape yg sale sangat tuh? Kui kui..

Sekarang ni semua di hujung jari.. Order makanan pun guna online je sekarang.. Tak yah kua umah bepanas and sakit kaki...

Terpulang kepada masing2.. Yang si isteri harus faham dan bijak berbelanja. Agak2 korang mampu membeli tu bia la berpada2. Kalau aku senang je.. Beli la banyak2.. Sampai je barang tu aku buang je kotak, Letak barang kat plastik Mydin or Giant.. Korang rasa laki korang tau ke korang shopping online? Hehe

Kalau mampu x salah nak menggila. tapi jaga lah hati suami dan orang di sekeliling kita. Kang di kata nya kita berduit nak shopping gila2 sebab kita ade bisnes jual dadah...

Tepuk dada tanya selera. Buat suami di luar sana, halang la isteri anda shopping sekiranya selua kecik anda di biar koyak, tapi kasut si isteri baru pakai sekali da datang kotak baru bertingkat2.. Haha

Peace.

Monday, 6 October 2014

Bad Experience shopped @ Love Me Coach

Salam everyone.

Let me share with you my first experience shopped with this online seller ; Love Me Coach.

You can add her at FB: Love.Me.Coach or her instagram : lovemecoach. She probably sell Coach handbag.

Why I am so enthusiastic to write bad things about her? Let me use her, instead of Love Me Coach. Because the one who talked and handled and took my order is her, not the LMC. There might be more than 1 person in-charged for LMC? Who knows?

Here you go my stories.....

1 - On 5th September 2014 LMC uploaded new Coach handbag. As per shown in image below. So I text my sister as she's the one who interested with Coach handbag. She don't have instagram tho. So she expect me to purchase the handbag for her. Fine then. But it was my first time purchasing from LMC. I screenshot few handbag from LMC instagram and she pick this;


Read the details of the bag. It was READY STOCK right?

Fine..


2 - I asked my sister to bank in the money through her account ASAP. Takut sold out. She gave me few account numbers for money transfer. So my sister did transfer the deposit.. Her accounts number as per shown below;


Now you can see her name. Haha I don't plan to hide or covered up her personal details here. I just have to. Because of my disappointing and frustration to her is a MAX!

3 - Order taken? Yes. She barely reply my Whatsapp properly. Well I guess she have a lot of customers to entertain in the same time. I didn't notice there will be same handbag name but different Style No for Coach! So I just text her I want the Coach Averly with British Tan color. BUT.. became a seller, don't you think you need to make sure what Style No of bag that your customer refer to right? You should know!

4 - Since the item is ready stock (I thought it was), I asked her again the next 10 days. And she said the item is not here yet. Well I guess there must be customs problem and some other things that cause it delay. Ok fine. I just wait laaa.. I asked her again after 3 weeks + and the answer is same..



5 - And then yesterday I asked her again. Since I was so doubtful with the 'Ready Stock' item took more than 3 weeks to arrived! Belah kanan is my text to her.. And her reply is on the left side. I was like.. WTF? If you really have a PMS then don't spit on me laaa.. She's really boiled me up last night. She's the most rude, kurang ajar, biadap,selfish, and stupid online seller!




She don't even know which handbag I refers with since the first time we make a deal.. Don't she realized she need a book to record every customer order details? Bullshit!



She was thinking giving back a refund is best way to solve a problem. What about apologize? Sori...sori...sori... Susah? I've been in this situation before and when I apologized to my customer, they just forgive me and permit me to replace the new one!! For God's sake. This seller sure have mentality problem.. Haha


Above image is the handbag that she THOUGHT I'm intend to purchase! Ewwwww No one will love that kind of design. I mean my taste la.. When I checked back her Instagram, this handbag was uploaded same day with the one that I want! How stupid is she, deal with her customer without asking which item the customer intend to buy?? So sad.. Same name handbag, same color but different Style No.




Ok. So, I thought after she refund the money, I will just shut her down from my life and of course boikot her from my online seller list! 



Can you see the transfer details she wrote? Refund Fussy Buyer? Fuck. I was soooo pissed off! That night is my first night for 2014 saying that curse word.. Damn it..

Is she that great? Did anyone know who is this lady? Did she really have a PHD or Doctorate in any course? Or maybe she had Permanent Head Damage. Poor her. Someone need to teach her how to talk nicely and apologize!

Dear 'her' I talked about or Love Me Coach shop, that first bad experience with you is so painful to think about repeatedly. So, I hope in the future, please treat your customer nicely and politely, Periuk nasi ko datang dari customer2 ok.

I won't recommend your shop Love Me Coach to my friends and family anymore. Being a pathetic online shop is so embarrassing as you don't really know what kind of customer you are dealing with..

Aku tak nyesal kutuk ko kat sini. Sebab ko memang teruk. So, readers, please avoid this online shop. Tak payah beli pon tak pe. Sombong sangat.

#hatelovemecoach

#boikotlovemecoach

#lovemecoachselfish

Till then. Bye.

Tuesday, 15 July 2014

Footballer, Actor, Actress and Famous Celebrity Hollywood amazing house!

Salam semua..
Korang pernah tak terfikir ape la orang2 kaya seperti pemain bola sepak dunia, pelakon terkenal dunia guna duit dorang yang berjuta2 tu..

Setiap kali dengar radio ade je kena sebut gaji dorang ni kena offer berjuta-juta lemon setahun kan?

Since aku baru je tengok match German versus Argentina tadi aku terfikir la bagaimana la rupa rumah si Messi tu.. Gaji dia boleh tahan banyak.. Pemain world kap kann..

So, sini aku list kan rumah2 pemain bola sepak yang femes, penyanyi yang femes.. Jangan terkejut nyah.. Punya la kaya dorang ni kan.. Isk...semua tak ikut urutan ok.. Ape yang aku trfikir nak tau aku just list kan je.. Tak de la no 1 tu mksudnya rumah plaing besar.. Kekeke

1. Lionel Messi (Argentina Footballer)

Bentuk rumah macam bola gak. Dah main bola yang buat dia kaya..

Image credit to Google.
2. Khloe Kardashian (Keeping up With Kardashian Show)

Dia ni adik beradik la dengan Kim Kardashian tu. Tak la se femes kakak dia..Tapi rumah dia boleh tahan jugak.. Mansion ni dia beli dari si Justin Bieber berharga 7.2 million. Convert la ke duit Malaysia.. Tak mampu mak nak kira nyahhh...

Image credit to Google.

3. Jennifer Lopez (Judge The Voice, Actress, Singer, Entrepreneur)

Rumah dia bapak la.. Erm.. Tapi memang dia deserve dapat rumah semerbak istana ni. Muka dia sana sini aku tengok.. Nasib baik dia tak jadi model toilet paper.. Kalau tak kat toilet pon aku tengok muka dia..

Image credit to Google

4. Christiano Ronaldo (Footballer Spain - Hensem lagi sexyyy)

Mamat ni memang banyak sangat rumah.. Korang google la kalau rajin.. ni salah satu rumah dia..

Image credit to Google
5. David & Victoria Beckham

Ni couple gila kaya lagi.. Konon nya rumah ni harga 40 milion da.. Lepas tu banyak lagi renovation. Sebab nak buat 2 bilik khas untuk kasut c biktoria.. Pastu buat lagi underground tunnel untuk laluan pekerja dia.. Pastu parking khas untuk si bekam punya motor and kete mahal.. Over kaya plak dorang nih..

Image credit to Google.
6. John Travolta. (Pelakon From Paris With Love)

Korang kenal tak sp dia ni.. Tak kenal google la muka dia.. Hehe Rumah dia siap ade parking kapal terbang tau.. Marvelessss

Image credit to Google.
7. Kimnye House (Kim Kardashian & Kanye West)

11 million house price. Semoga perkahwinan korang berkekalan lah ye..

Image credit to Google.
8. Mukesh Ambani (Indian Billionaire)

Mari lari ke India jap. kagum gila dengan architectural umah dan kekayaan manusia ni.. Boleh mencecah 21.5 Billion! Kauuu...kalau beli beras tak cukup letak 1 Malaysia ni.. Haha

Parking kerete underground - 6 tingkat, ade 3 helikopter, ade 600 staffs, bla bla bla.. Kalau di tulis tak kan habis... Kauuuuu bak sikit duit ko... Haha

Image credit to Google.
Dah la korang.. Aku malas da nak teruja sangat dengan kekayaan orang..

Korang tengok la nanti aku bubuh gmba umah aku plak.. Hahaha Celah gigi je la.. Tak berjuta ponn..

See ya

Koci