Monday, 8 December 2014

Isteri gila shopping online? Wajar kah di halang?

Salam semua..

Topik tak boleh blah kan.. Haha

Aku rasa terpanggil nak buat post pasal benda ni.. Since kejadian suami isteri gaduh kat FB Zalora, lepas tu Zalora bg stok setahun ke bini dia..

Aku addicted shopping online gak. Aku mengaku. Lebih2 lagi bila aku mempunyai gaji sendiri. Gaji engineer. Makan sorang. Tak de anak. So, agak2 korang lepas tolak saving, bg mak ayah, belanja adik kolej, dan bayar sume hutang, banyak lagi baki duit aku.. Lagi2 laki aku memang tak pernah heran ngan gaji aku.. So, haruslah shopping kan..

Kalau dulu banyak barang yang aku beli online masih tersimpan dalam kotak. Tak sempat pakai lagi da datang yang baru.. Husband aku plak slalu outstation.. Mana la dia tau umah dia penuh ngan kotak Zalora, Fashion Valet and etc..

Itu kisah bila aku bekerja dan mempunyai duit sendiri. Sekarang, lepas aku dah berhenti kerja (refer previous entry kalau nak tau kenapa) dan tidak mempunyai duit sendiri, baju harga RM70 dah mcm harga RM700. Before tekan Checkout tu berkira dulu, perlu ke beli baju ni. Bila nak pakai?Muat tak ni? Sesuai tak ngan aku baju tu? Macam2 soalan.. Sebab aku tau aku nk shopping guna duit laki aku.. Rasa tak best..

Berbalik ngan topik blog aku hari ini. Wajar ke suami halang isteri yang gila shopping online? Bagi aku WAJAR dihalang SEKIRANYA OVERDOSED! Well, aku tak tau la kisah para-para suami yang menghalang tu kenapa. Tapi, sekiranya si isteri beli online melebih2 sampai duit laki abis di kebas nya sampai makan minum pun tak cukup tu memang harus di halang la..

Kalau mampu tak pe. Serius. Mampu beli tanpa menggunakan duit laki. Yang mana gila shopping tu biar menggila. Tapi jangan sampai menyusahkan diri sendiri dan keluarga sendiri..

Untuk penjual online pun tak boleh disalahkan. Lebih2 lagi ujung taun ni.. Dorang tau ramai yang dapat bonus ujung taun, gaji naik la, so inilah masa yg perfect untuk buat sale ujung taun and sale Christmas..

Contoh nya ari ni je Zalora & FV anta email ade sale 75% & 15%. Tak ke banyak potongan tu? Hiu hiu hiu...

Ko tengok benda ni tak teruja ke??? Haruslah teruja...

Waaaaaaaaaa  korang boleh tahan ke tengok ni..


Tak cukup dengan email, dorang mesti anta notification kat apps handphone. Kalau korang ade install Apps Zalora kat henfon faham la.. Yang mana tbe2 kua notification pasal sale2 ni.. Sekali ignore boleh.. Kali ke-2 pop up pasal benda sale ni korang tak teruja nak tengok ape yg sale sangat tuh? Kui kui..

Sekarang ni semua di hujung jari.. Order makanan pun guna online je sekarang.. Tak yah kua umah bepanas and sakit kaki...

Terpulang kepada masing2.. Yang si isteri harus faham dan bijak berbelanja. Agak2 korang mampu membeli tu bia la berpada2. Kalau aku senang je.. Beli la banyak2.. Sampai je barang tu aku buang je kotak, Letak barang kat plastik Mydin or Giant.. Korang rasa laki korang tau ke korang shopping online? Hehe

Kalau mampu x salah nak menggila. tapi jaga lah hati suami dan orang di sekeliling kita. Kang di kata nya kita berduit nak shopping gila2 sebab kita ade bisnes jual dadah...

Tepuk dada tanya selera. Buat suami di luar sana, halang la isteri anda shopping sekiranya selua kecik anda di biar koyak, tapi kasut si isteri baru pakai sekali da datang kotak baru bertingkat2.. Haha

Peace.

No comments:

Post a Comment