Our first house da siap pon. Da amik kunci pon last August. Tapi memandangkan sang suami baru balik KL pas outstation berbulan2 kiteorg baru start hire contractor untuk renovation.
Tak lah major reno pon. Just extend kitchen to yard area. Hurm.. Alang2 nak duduk bia renovate kasi puas sikit masak kan.. Walaupun dapur berasap kadang2. Haha
Info kat bawah bukan untuk bermegah. Tapi untuk panduan semua. Kot2 ade yang tengah mencari barang2 baru nak masuk umah? Sila kan copy lah..
Sempat lagi mak nak menulis blog. Pdahal jap lagi nk p interview. Heh.. Cerita interview kemudian hari lah..
1. House Renovation done by TS Design
Contractor (Kelas ape tak tau) ni kiteorg jumpa kat area umahh gak. Biasa la kan mana2 area housing yang da siap mesti ade contractor yang bertapak kat area tu gak. Sebab dorng tau mesti ade umah yang nak buat renovation. So, ade la pekerja dia approach kiteorg. Ajak jumpa and bincang harga. Kami da jumpa few contractors before dorang nih. Tapi contractor yang lain sume over bajet kami. So, lepas bincang2 kami on je ngan dorng nih.
Total 42K. Including extension kitchen, kitchen cabinet full height, awning (7' x 7') TV cabinet, plaster ceiling whole house, wiring, concreting slab at yard area, grill powder coating. Maybe some points I missed here, but the major things are listed up.
We paid the deposit on October 2014. But the work started on December. Why? Some internal issues among TS Design which we as customer can't accept. We called the boss and threat him that we will change the contractor. Walllaaa after 2 weeks all renovation are done! Shoot. If only we call them earlier!!
So sekarang the progress is outstanding, They even work on Sunday. Better right! So, kalau korang rasa contractor korang melengahkan masa, speed them up by threaten them in any different ways!
2. New house need aircond
As for now, we don't use aircond. I mean the real one la.. Now we used mobilize aircond. Because we are renting, so malas nak tebuk2 lubang rumah orang. Even tho the landlord approve it, but malas lah.. Hehh
So, for AC, we only purchased 2 Nos. As we don't have any other people in the house except us, husband and wife. 1 AC for our master bedroom and another one for living room. For Master Bedroom we use 1HP AC and 2.5HP for living room. Husband aku takut panas. So living room tu dia beli yang horse power besar sikit.
AC kami beli kat D'Legend LCD & Hifi kat Jalan SS2/75. Dengar cerita barang elektrik kat sini murah2. Betul kot. Sebab kiteorg pon banyak survey dah.. Ramai sangat orang datang sini..
1HP Hitachi Inverter + Nano = RM1500. 2.5HP Inverter Panasonic = RM2980. Harga termasuk installation ye.
Aku terpaksa amik inverter sebab penah kena lung infection. Tak boleh kena habuk2 aircond nih..
3. New House need a fridge
Mengada2 je kan. Tapi tu la. Fridge sekarang ok lagi. Tapi rasa tak muat je. Dan pintu fridge macam dah loose sangat. Peti sejuk ni aku beli 2009 kot. Dah 5 tahun la..
Fridge baru ni kami beli tempat sama ngan aircond. Kat D' Legend SS2 gak. Murah dia bagi. Tempat lain kteorg survey mahal giler..
Ade ice and water dispenser. Laki aku suka minum berais. So pemilihan peti sejuk adalah berdasarkan selera dia.
Oh.. tema umah kami adalah hitam putih. Untuk fridge ni dia cakap tinggal 1 pc. So amik je la. Asalkan bukan barang display. Pemilihan fridge jugak penting. Ade water dispenser yang kena sambung paip ikut belakang fridge. So, sebelum beli tanya2 lah ye. Kalau sambung paip ikut belakang tu leceh.
Harga fridge ni 4k+.. Lepas tawar menawar se maximum yang mungkin. Kami try negotiate sebab kalau boleh brg tu adalah within our budget. Tak nak la beli fridge sampai 10K. kang beli tilam yang 100 je mampu.. Haha
Boss dia dan pekerja dia semua bagus2 sini.. Ko pakai selipar jepun pon dia anggap potential customer. Bukan macam kedai lain.. Bluerghh
4. New House need a hood and burner
Sekarang ni guna penunu bunsen yang cap Giant je. Dah ade rumah sendiri nak jugak la beli yang lawa2 sikit. Aku ni narrow minded. Tak terfikir sangat nak beli hood bagai. Laki aku la yang takut siling hitam dan rumah berbau dan berminyak.
So untuk 2 benda ni kiteorg beli kat House Depot kat Persiaran Surian. Tak jauh dari Ikea la yang penting. Tak survey sangat benda ni. Aku tau brand Rubine je la. Tapi sampai2 sana tengok brand Fotile lagi macam gah la. Laki aku memang suka benda2 mahal nih.. Aku ikut je la.. Bukan aku yang bayarkan.. Hehhh
Biasa laki aku pilih brand and dengar dulu penjelasan penjual tu. Function, advantages, then dia bagi option kat aku. Aku pilih yang mana nampak lawa je la.. Hehe
Nampak tak perbezaan laki and pompuan situ. Haha.. Kami tak banyak bajet sangat untuk set memasak nih.. Bila penjual tu bgtau Hood + Burner + Oven da cecah 4 ribu lebih kami buat meeting jap. Haha.. Last2 amik Hood + 3 Burner je. Dapat la 2.5K..
Semoga rajin memasak la lepas ni.. Hehe
5. New House need water heater
Rumah sewa sekarang ni memang tak de water heater. So kami laki bini memang jarang mandi malam. Aku mandi la malam. Mandi kambing. Laki aku terus jadi kambing. Tak mandi kan.. Haha
Untuk water heater kami beli yang tak de pump. Sebab da plan nak beli pump untuk 1 umah. Kalau ikut pengalaman umah sewa ni. Umah 2 tingkat kan. Kat bawah air laju sederas air terjun. Kat atas mak aiii malu2 je nak kua. So laki aku tension je nak mandi kat bilik.. Dia lagi suka mandi kat toilet bawah. Tu lg 1 reason dia xnak mandi malam kot. Haha
Water heater kami beli kat House Depot ni gak. Brand Rubine RM249 each. So beli la 2. 1 untuk Master Bedroom. 1 lagi untuk toilet bawah.
6. New House need water pump and sand filter
Haaa pump ni la yang aku maksudkan kat atas. Untuk menderaskan air kat atas and bawah. Renovation dah nak siap ni kena test dulu pump. Kot2 umah da siap nanti ade yang bocor plak. Kena test awal2 la..
Pump ni beli kat Kian Aik Home Gallery, Jln Putra Mahkota 7/6C, Putra Height. Kawan laki aku yang suggest. Dia cakap murah. Harga biasa2 je kot. Kami beli RM1450 termasuk harga installation la.
Benda ni tak compulsary la.. Cuma agak2 korang nak mandi puas2 boleh la pasang.. Sebab bila ramai orang datang umah, air kat atas jadi slow.. Kita tuan umah yang duduk atas ni jadi tension.. Hehe
Untuk sand filter ni ok gak nak pasang. Sebab area umah baru aku tu air boleh tahan kuning. So, nak lifetime warranty health, marilah pasang benda ni. Benda ni ade maintenance gak. Kena la alert bila nak wash filter. Bila nak tuka filter.. Sand filter beli tempat sama gak. Harga RM1400..
7. New House need Water Filter
Water filter je. Bukan yang main tekan2 macam Coway tu. At least boleh la buka paip terus minum. Hehe.. Sekarang ni sadis betul. Aku tak suka minum air paip yang dimasak. Bau semacam. So dah setahun lebih kami beli air mineral Giant or Tesco or sewaktu dengannya. Asalkn air mineral..
Laki aku malas dah nak borong air mineral. So dia beli je la benda ni.. Semoga kami sihat sejahtera lepas ni. Kami beli yang Gen Air Alkaline Bio Energy UF + UV. RM1200.. Semua harga2 ni lepas diskaun la.. Kedekut gak tokey kedai nak bagi diskaun. Lepas beli macam2 baru nak bagi.. Isk
8. New House need Ceiling Fan
Semua rumah memang perlukan benda ni kan.. Hehe.. Biasalah hujung2 tahun ni banyak kedai buat promosi ujung taun. So kami pon rajin la usha2 tempat2 tu. Tak jauh dari umah kteorang ade buat promosi ujung taun besar2an. Buy 1 Free 1.
Ingatkan barang2 elektrik nak beli kat House of Lighting Puchong je. Tapi dah ade kipas Buy 1 Free 1 beli je la kan.. 1 set dapat harga RM299. 5 bilah kipas kot.. Brand Deka. So beli la 2 set..Dapat la 4 kipas. Untuk Master Bedroom and Living Room beli kemudian je. Beli yang lawa sikit. Hehhh
Ni kami beli kat BFO, Taman Perindustrian Kinrara. Tepi jalan heading to Puchong from Lebuhraya Bukit Jalil. Tapi sekarang dah tak de kot harga tu. Kena tunggu next promotion day la..
9. New House need an Oven
Inilah sebab kami datang ke Bath Factory Outlet, BFO TPK Puchong ni.. Sebab kat pamplet dia ade tulis oven RM999. Murah la tu kan. Normal price dia RM3299 kot.. Tapi brand Elba. Juga dibeli time promotion. Memang ramai sangat yang datang hari tu. Memang hari untuk membayar sahaja. Amik barang nya esok ari..
Oven ni aku tak rasa nak beli pon. Sebab laki aku bukan suka sangat makan kek. Macam la oven tu untuk kek je kan? Hehe Tapi bila ingat2 laki aku suka makan lasagna dan spagetti boleh la.. Beli je la.. Semoga rajin masak! Haha
10. New House need new mattress and bed frame
Haaaa yang ni tak de dalam list pon sebenarnya. Tapi aku yang ngade. Sebab aku rasa kami berdua bukan dalam comfort zone untuk Queen Size Bed lagi.. Haha.. Berhari2 aku menghantui laki aku dengan katil King Size. Bila dia da dihantui tu mula la survey tilam King Size. Haha
Mula2 tengok kat Harvey Norman. Buy 1 Free 1. Mak aiii.. Tergoda gak. Tapi sekarang ni da ade 2 katil Queen Size. Kalau dapat 2 lagi aku nak sumbat mana tilam2 yang ade.. Kat porch? Haha
Pastu depa kata boleh la beli 1 tilam free bed frame. Bed frame percuma dia sedih aku tengok.. Tak selera nak tido. Haha Last2 kami berlalu sepiii..
Lepas tu next week nya ade plak sale kat TPK Puchong. Aihhh.. Tengok harga sama ngan Harvey Norman. Brand sama gak. Tapi tak de Buy 1 Free 1. Hurmmm Cerita punya cerita dapat la bed frame dia bagi diskaun 50%. Kami beli kat Milano & Design brand Hilker. Tak kan beli kat BFO tilam2 tu.. Merepek dah tu.. Tilam RM3190. Bed frame RM1000. Dah.. Puas ati.. Haha
Tempat ni xde diskaun sangat.. So tak yah dok mencuba sangat. Aku frust tapi dah tergoda..
11. New House need curtain
Aku ingat nak guna je curtain dari umah sewa ni.. Yela dulu aku beli bukan murah.. Tapi laki aku yg akal panjang ni fikir la.. Kalau da cabut langsir sekarang ke rumah baru, rumah sewa ni tak kan telanjang. Haha betul jugak.. Bukan kteorg nak pindah on the spot pon.. Mesti nak pindah sikit2..
So, curtain hunting bermula. Ingat nak beli yang kat Ikea je. Tapi warna dia limited sangat. Plus kalau weekend ramai sangat orang. Lepas tu nak kena ukur sendiri. Lepas tu tak de orang yang nak di tanya. Kalau korang tau service Ikea cana mesti korang faham. Memang all info written tapi biasalah manusia.. nak senang je.. Haha
So kiteorang gi la Nilai 3. Mula2 masuk MK Curtain. Cerita la design cana.. Untuk living room je dia punya harga RM2000. Aku try mintak kurang la.. Dia boleh jawab ; Dia banyak customer lagi nak entertain. Fine. Kami pon blah. Turun bawah ramai lagi pekerja dok lepak and berlegar tak buat keje.. Baguslah kan macam tu.. Hurmm
Next, kiteorang gi la Star City. Dorang ade 4 kedai kat area tu. Kami pegi yang area 7-Eleven. Ramai yang tulis kat blog kain design kat kedai ni tak berapa lawa. Tapi murah. So kami try je la.. Oh, ade jugak berkenan di hati. Corak baru katanya.. Tapi yang penting langsir sini memang jauh murah dari MK Curtain. And penjual dia peramah macam sotong kurita. Hahaha
Untuk langsir 1 rumah, harga yang diberi adalah RM2800. Mintak diskaun RM2700.. Termasuk la design langsir living room bak istana kayangan, blind curtain 2. Blind curtain tu yang mahal.. Aku memang tak terfikir blind curtain sume ni.. Sume idea laki aku..
Malas nak pk lagi.. Amik je.. Plus siap sejam je.. Tapi kami amik esok ari nya. Malas nak tunggu.. Sebab dah penat.. Huhu
12. New House need Sofa
Hurmm.. Yang ni aku jugak menghantui laki aku.. Hahha
Bajet tak banyak pon untuk sofa. Aku cakap ngan laki aku kita cari yang 2-3K je. Kat Milano & Design TPK Puchong tu ade sale katanya.. Tempat kami beli tilam tu la..
Bile sampai tak ramai sangat customer. Banner pon tak de.. Tapi da sampai pusing2 je la.. Ingat just nak cuci mata. Tapi tersangkut plak kat 1 sofa bentuk U.. Alahai...
Fabric Acacia Sofa. Tak serap air.. Tertarik kau.. Harga biasa RM8990. Lepas diskaun RM5990. Hurmm... Dah over budget sangat..
Hati dah tertawan sangat. But we left kedai jugak sebab nak tengok movie. Haha Penjual tu kata lepas tengok movie datang balik.. Before tinggalkan kedai tu sempat aku tegur kat laki tu knapa tak de banner depan kedai. Cana orang nak tau ade sale..
Lepas wayang laki kedai tu kol tanya nak amik sofa tak. So, kami pon g lagi kedai tu.. sampai2 besar punya banner dia gantung depan kedai.. Dia bgtau dia baru lepas gantung.. Haha..
Kiteorg buat meeting jap.. Hahha lepas tu amik je..
Nangesssssss... Tapi lawaaaaa...
Semoga dengan semua panduan di atas korang ambil iktibar ye.. Nak masuk rumah baru bukan murah. Lagi2 yang bernafsu besar macam kami. Kami beli barang kalau boleh 1 bulan 1 barang. Sebab kalau boleh tak nak berhutang.
Aku harap tak de benda lain lagi yang dibeli. Major la.. Huhu
Tak sabarr nak tengok rumah baru.. Nanti mak update lagi. Nak study interview. Kena kerja kuat nih.. Nanti masuk umah baru tiap ari makan sardine.. Haha
Bye
No comments:
Post a Comment