Friday, 6 May 2016

Apply lesen perniagaan butik

Salam semua.

Buat yang masih blur cana nak dapatkan lesen perniagaan dari Majlis Perbandaran, meh aku cerita..

Aku pon tengah buat untuk Lesen Perniagaan Butik Roses aku kat Giant Putra Height tu.

Dulu aku dah bayar untuk runner buatkan lesen majlis tu. RM500 aku bayar kat dia.. Bayar bodo-bodo je.. Last-last kena pegi buat sendiri..

Padahal kalau korang pegi sendiri as an owner or kalau nak suh pembantu ke sape-sape yang free tolong buatkan pon boleh.. Kalau owner sendiri pegi tak yah buat surat la.. Kalau suh orang lain pergi korang buat je surat perlepasan kuasa untuk buat lesen. Subjek: Permohonan Lesen Perniagaan Butik Roses.

Pandai pandai la buat surat perlepasan kuasa tu. Tak yah surat berderet panjang pon.. Sikit sikit je..

Ok.. Balik dengan kisah aku pegi MPSJ. Aku bisnes area Subang Jaya. So kena la pegi MPSJ. Ikut la bandar mana korang duduk berniaga.

Kalau nak pegi sekali je pastu siap serta merta, korang bawa la semua dokumen. Dokumen yang diperlukan:

1 - SSM Perniagaan.

2 - Gambar ukuran passport owner

3 - Borang MPSJ untuk permohonan lesen perniagaan dan iklan siap diisi. Make sure korang tau signboard korang tu ade lampu tak..

4 - Dokumen Tenancy Agreement - STAMPING dah ok.. Stamping TA kat LHDN. Bayaran adalah mengikut berapa rate sewa korang sebulan. Aku punya murah je ari tu.. RM107 kot.. TA korang tu kalau da dapat terus stamping. Kalau lama sangat nanti kena penalti dek LHDN. Penalti LHDN tak la banyak sangat.. RM5 je..

5 - Layout lokasi. Pendek kata semua yang berkaitan lokasi, sewa tapak, perjanjian sewa beli bawa je..

6 - Gambar kedai, gamba signboard dan gambar lokasi semua kena ade. Kena berwarna la..

7 - IC owner.

8 - Aku tak ingat. Kalau boleh download kat MPSJ website borang depa nih.. Kol la minta email ke..

Da cukup semua bwa la pegi MPSJ. Ambik nombor kena beratur. Kecuali ko OKU, Warga Emas and Wanita Mengandung.

So aku bawa semua dokumen cukup cukup. Kat kaunter dia tanya nak buat lesen baru or lesen serta merta. Aku jawab la nak lesen serta merta..

Aku tanya la berapa kos nak buat lesen tu.. Dia cakap tak yah bayar dulu. Tak yah bayar.. Aku dah blur. Bila masa plak buat lesen FREE nih.. Rupanya kalau korang apply untuk Lesen Baru. Lepas 2 minggu baru siap lesen semua baru bayar kot.

Aku jawab la nak lesen serta merta. Sampai bil RM960. Mau tergolek aku tengok. Dahlah tak bawa kad. Rasa nak hempuk gak orang kat kaunter tu. Tak yah bayar ape nya.. Dahlah kalau korang ambil permohonan lesen serta merta, kena bayar tang tu gak. Kena bayar hari tu, tarikh tu gak..

Tension. Ngam plak aku buat time orang nak rehat sembahyang jumaat. Aku balik la gi rumah ambik kad aku. Dah sampai MPSJ balik da tutup. Ape ke jadah nya..

Sekarang ni aku tak tau la status lesen aku.. Waaaaaaaaa

Isnin ni kena kol la MPSJ. Rasanya 2 minggu lagi baru boleh dapat lesen tu..  Sway betul.. So, sebelum korang apply lesen serta merta, check dulu ada bawa duit cukup takkk..

Nanti ade berita aku update sini.. Harap tak kena blacklist la. Ingat MPSJ tu dekat ke.. Waaaaaaaa

No comments:

Post a Comment