Sunday, 22 November 2015

Ke arah kesejahteraan hidup

Salam semua,

Nak masuk bulan ke-4 aku buka kedai kat Giant Putra Height.

Hari ni 22 November 2015.

Alhamdulillah. Sales amat memberangsangkan. Aku percaya setiap perniagaan ada naik turun nya.

Aku dan suami sangat buta bisnes. Tak tau nak mula dari mana. Melaburkan duit tanpa berfikir panjang. Tapi aku yakin kalau rajin dan ikhlas, insyaAllah bisnes akan maju.

Hari ini aku tergerak hati nak tulis blog sebab aku terkilan dengan butik sebelah pintu. Membuat kenduri tanpa menjemput aku dan pekerja aku.

Bukan makanan yang dicari tetapi silaturrahim yang ingin dijalinkan. Umum tahu pemilik lama kedai aku ni bergaduh dengan pemilik kedai sebelah. Tapi selepas bertukar pemilik bukan ke bagus kalau yang kusut dulu dijernihkan?

Aku rasa tindakan mereka adalah selfish, childish and non-professional. As owner, bukan ke maruah lagi penting.

Astagfirullah. Aku mohon pada-Mu ya Allah. Jauhkan lah aku dari orang-orang yang berfikiran negatif seperti mereka. Dan ampunkan la kejahilan dan kekhilafan mereka.

Aku tak suka gaduh. So bagi aku yang lepas biarlah lepas. Tapi aku tidak akan mengabaikan kebaikan doa orang teraniya sebab aku tau doa orang teraniya sentiasa makbul.

Semoga kedai aku dilimpahkan rezeki yang banyak. Amin.

Ilmu bisnes harusllah dalam sebelum membuka kedai. Itu yng aku pelajari selama 3 bulan ni.

Sentiasa mengikut ceramah dan sminar. Menambah ilmu di dada. Yang mana kita rasa dah cukup ilmu tetapi sebenarnya terlalu banyak kekosongan yang perlu diisi.

Akhir kata. Action speaks louder than words.

Be smart. Once people get hurt on behalf of your stupid action, it won't get heal immediately. Or what can I say, maybe it won't heal forever??

Good luck everybody. Have a great day.

No comments:

Post a Comment