Friday, 16 October 2015

Trip ke Guangzhou, China 2015 Part 1

Salam semua.

Sementara menunggu waktu balik kerja kat butik sendiri ni baik aku tulis blog pasal trip ke Guangzhou.

Aku ngan laki aku ikut trip borong di Guangzhou tu. Aku ikut kursus ngan group laen. Tapi ikut trip ngan group laen. Hehe

Sebab group yang aku ikut kursus tu tak open lagi nak g trip borong China. So aku join je la group mana yang available. Kalau korang nak join group yang aku ikut ni follow la instagram : pemborongchina. Muka aku betimbun dalam tu.. Haha

Guide dia Melayu. Muda belia lagi. Sempoi lagi. Selesa la jalan ngan dia..

Flight ticket kami beli AirAsia la of course. Beli sebulan before fly. Pegi balik 2 org adela RM1800 mcm tu..

Ground package ngan pemborongchina RM1337 sorang. Pakej termasuk lah 5 hari 4 malam punya penginapan. Visa included. Semua dia buatkan..Makan malam 3x, lunch 2x, transport 2 hari dan on the way ke airport hari last. Sampai airport China memang ade orang ambik la..

Hotel yang di pilih adalah selesa. Rasa macam pegi honeymoon. Haha

Cuma time aku pegi cuaca panas mcm Malaysia gak. Mak aii.. Jalan kena laju la sebab jam 11am terik dia Nauzubillah. Memang panas.


Kenapa aku pilih pemborongchina? Kenapa tak ikut trip laen?

Sebab 1) Ground package murah. Memang trip ni dinamakan trip survival. Maksudnya hanya 2 hari dibawa dengan van ke sana sini. Di bawa makan sana sini. Kekadang rasa convenience. Kekadang rasa rimas sebab kena gerak dalam group. Kalau tak minat kat tempat borong lain kena gak ikut group. Tak best kan? Kita nak beli barang pon rasa tak selesa sbb kesian orang laen tengah tunggu.
So lepas 2 hari tu korang jalan sendiri la. Pegi la mana pon. Setakat naik tren, teksi tak kan tak biasa kot. Tapi kalau bawa budak and orang tua aku suggest ikutla trip yang mahal sikit. Sebab memang trip ni banyak sangat berjalan. Orang tua and budak tak kan tahan punya.

Sebab 2) Kos shipping kontena murah. Aku g kursus and survey group trip laen da. Rata-rata ambik kos shipping RM450 - RM490 utk 1cbm. per cubic meter. Google la ek. Aku malas nak ajar math. Haha
Utk pemborongchina ni dia kenakan RM350/cbm je. Murah RM100. So kami yang plan nak g China nak borong kain ni memang ngam la ambik kos shipping yang murah.

Tu je la sebab nya. Korang survey la lagi. Kalau jumpa yang murah komen kat bawah. Haha

So sambung citer trip. Flight kiteorang jam 5.30am. So lepas aku tutup kedai, balik umah packing apa yang patut lagi. Jam 1 pagi minta kawan suami hantar g epot. Nak naik ERL konfem dah tak de. Kot.

Sampai2 kumpul kat MarryBrown. Jam 3.30 start masuk boarding. Duit tuka? Mak aii.. Tym aku pegi la duit Malaysia jatuh gila2. Dulu 100 yuan = RM50 je.. Time aku tukar tu 100 yuan = RM68. Tengok kat airport money changer lagi dasyat. 100 yuan = RM74. Kteorg tukar 17K yuan je..
Berapa RM? Kira kann.. Haha.. 17K x 0.68..

Duit palsu? Ntah la.. Aku memang kena ajar cara tengok duit palsu tu tym g seminar borong di China. Kalau tuka kat money changer, biasa machine dia memang detect duit palsu. Canggih da sekarang. Aku tuka kat IOI City Mall & Giant Putra Height. So far tak jumpa lagi duit palsu. Cara nak check duit palsu China adalah; gosok kat kolar baju uncle dalam duit yuan tu. Kalau gosok sampai rasa kasar je kolar dia tu ori la tu duit dia..

Jam 5.30am kami mula fly. Alhamdulillah flight ok. Takde turbulence sgt. Ke aku yang tido mati. Bayangkan malam tu tak tido. Duduk je dalam flight mata aku da tutup. Haha


Gamba ni laki aku snap kat Marrybrown. Memang ngantuk tahap gaban da ni.. Mata bengkak macam panda..


Jam 9.30am sampai kat Guangzhou. Jam tak yah adjust. Masa sama je ngan kita kat Malaysia.

Sampai2 je van datang ambik then bawa pegi Baiyun Leather. Tempat borong handbags. Gila banyak handbags. Tapi kan first time datang tu mamai lagi. Rasa sayang je nak pakai duit.

Ni nak bagi ceramah sikit. Korang pegi sana nak borong ape? Memang untuk borong or jalan2 je? Kalau memang nak borong kain, please la pegi straight whole trip pegi tempat borong kain. Sebab once ko dah pegi tempat borong gadget, borong pakaian, borong handbag, kepala ko akan jadi kusut. Macam aku... haha

Ok. So kat tempat borong handbag tu banyak la beg PU, gred beg ade mcm2 gred.. Kat sini ko akan rasa mampu beli beg Hermes, beg kulit ular, buaya dan sewaktu dengannya. Kulit beg dia memang superb gila.. Serius! Kalau tak ingatkan niat utama memang abis duit yuan aku derma kat kedai jual beg tu.

Oh ye. Aku kan mixed chinese. Mak aku cina masuk Islam. So setakat Mandarin basic tu tau la. Setakat tanya harga, borak biasa aku boleh la. Tak sangka berguna kat sana. So kalau korang memang tak de basic mandarin tu print siap2 la translation english-chinese. Senang. Sebab orang sana memang 2% je yang tau cakap english.

So far aku tak beli beg la hari pertama. Guru besar yang sekali ngan kteorg tu je yg borong banyak. Haha cikgu cikgu.


Ni kiteorg jalan kat bahagian bawah bangunan. Ade jual branded handbag PU Leather. Yang Grade Premium dalam bangunan Baiyun.


Aku tak tau knapa cikgu ni asyik di depan aku tym aku amik gamba. Haha Tengok tak lorong orang jual handbag tu. Jalan sampai ke bawah, ke dalam lagi. Semua jual henbekkk..

Kagum dengan semangat orang china bisnes kat sana. Selagi ada tempat, selagi ada masa, selagi ada kudrat menjual, dorang buat je. Muda-muda semua bisnes. Muda belia kita g mana? Waaaaaaa



Contoh beg dijual di lorong guangzhou. Kualiti kulit dia memang superb. Korang cari kat GM Klang tak jumpa nih..


Lepas dari tempat borong beg, kteorg g makan kat Restoran Muslim Abdullah. Halal la of course. Sedap gak makanan dia. Siap ade surau kat belakang. So boleh la solat Zohor & Asar sekali.


Macam tau je aku tengah lapar. Semua makanan biasa jadi sedap. Haha




Jadual waktu solat ni korang leh la tengok kat tenet. Restoran biasa ade free wifi. 

So lepas makan balik hotel check in. Baru nak check in tau. Penat nak mampus.

Hotel memang selesa sungguh. Rasa tak larat je nak bangun lepas dapat baring tu.


Kalau kat hotel Malaysia ade Nescafe, Coffee, Tea ke.. Kat China yang ni banyak betul dia letak kat bilik. Tak free maybe. Kalau guna kena bayar tau. Haha Korang tau tak benda tu? Kalau tak tau bagus lahhh..

So lepas rehat rehat. Malam tu kiteorg makan kat restoran muslim dekat ngan hotel je. Jalan kaki 3 minit sampai. Kalau ko superman 3 saat da sampai.

Malam tu tido nyenyak betul. Bawa la minyak angin, minyak kapak, vicks ke.. Aku sapu losyen Mustajab Yusmira kat kaki sebelum tido. Tido memang tak sempat mimpi ape.. Haha

So itu je untuk my part 1 trip ke Guangzhou China. Will be continue ok..


Love

Sunday, 27 September 2015

Trip Ke China 2015 - Pre China

Salam semua.

Sempena trip ke china minggu depan ni aku nak rajinkan diri update pasal preparation kami untuk ke China. For first timer la..

Tiket Airasia ni baru beli awal bulan ari tu. Bisnes punya pasal. Terpaksa gagahkan diri ke China. Untuk mendapat info dan ilmu yang lebih. Semoga bisnes aku lebih maju dan maju nanti. Amin.

Pre-China Preparation ni aku start dengan penukaran duit ke Chinese Yuan. So far sekarang duit Malaysia memang jatuh menjunam. Semalam aku usha kat IOI City Mall. Kat Ground Floor. Depan Index Living Mall tu. 68.85. Memang mahal gila..

Pastu hari ni nekad nak tuka gak sebab minggu depan dah nak fly (-_-). So hari ni dapat 100yuan = RM67.85. Mintak kurang tak dapat2. Fedup gak.. Bukan nak tuka 50 hinggit pon..10K ok..

Tak dapat kurang kat kedai Visionay Creation. Pegi money changer kat sebelah. Dapat la 67.80..

So aku pon tuka la RM8000 kat kedai Global tu. Siap check duit tu fake note ke tak.. Info sikit untuk yang tak tau check duit china palsu ke tak, gosok kat baju uncle dalam duit china tu.. gosok gosok sampai rasa kesat baju uncle tu.. Kalau korang gosok duit dia rasa halus je kan.. kalau gosok baju collar uncle tu rasa la kesat sikit.. So, duit tu ori la..

Ilmu ni aku dapat masa g seminar borong China.. Semoga semua dapat manfaat.

Lepas pusing2, shopping barang2 nak g china, aku g round balik tempat money changer. Alamak. Turun lagi duit China. Jadi 67.70 utk 100 Yuan. Aku pn gigih la berbaris kat Maybank sebelah money changer tu nak tuka lagi RM2000. Ingatkan nak tuka lagi 5k tapi dah melebihi had pengeluaran plak..

Ok. Duit tuka da ade. Barang2 keperluan yang aku bawa:

1. Kasut Sukan - Aku bawa 2. Satu extra takut kena hujan.

2. Baju Hujan

3. Payung

4. Calculator kecik

5.Universal Plug. Aku ade bagi contoh plug kat China mcmna kat bawah.

6. Makanan ringan. Maggi, serunding, kicap

7. Tupperware

8. Ubat-ubatan

9. Pakaian dalam. Haha


Semua duit 100 Yuan. Parah macam ni kan..

Duit tak semua letak di tempat yang sama. Dah siap asingkan 1000Yuang 1 envelope. Duit untuk teksi, untuk makan, untuk shopping.

Sorang hanya boleh bawa RM10000 je dari Malaysia. So make sure sorng jangan pegang lebih dari tu. Kena tahan dek kastam tak tau ah..




Contoh kepala plug kat China. So beli la universal charger yang sewaktu dengan nya. 


Kalau yang bagus nya korang gi seminar borong china tu before g China. Banyak ilmu dapat.

Tiket jangan lupa check in dan parint siap2. Make sure lugage beli lebih. Jangan beli kurang. Kang nak tambah kat airport nangis nak membayar.



Thursday, 27 August 2015

From Jobless to Job-Over-Pack

Known me as 'Penganggur' for almost a year since my last employment on September 2014 with MMC-Gamuda as engineer.

Further study for Master have been called off since we purchased a boutique at Giant Hypermarket Putra Height on my recently birthday. It's quite shocked for us. Who didn't have any experience in business handling. Both of us tried to expedite our business studies in order our boutique can run smoothly and successfully.

With over grow online and offline boutique in Klang Valley, I found that it's a very big challenges for us. We have to compete with almost 500(maybe) online and offline boutiques! Or maybe more than that.

But I feel so thankful for having this boutique in Giant. You won't have a zero sale in a day because a lot of people come over Giant for groceries shopping. So there will be a customer come over for alteration, custom made and shop our stuff here. Alhamdulillah.

We target by September, our website and boutique will be successfully can be run accordingly. Amin.

Now the only thing that happen in my brain was sales, and staff. Oh gosh! It's not easy to find a good staff that can be reliable, trustworthy and hardworking! I wish to have Malaysian working at my boutique but what can I say is I just feel so disappointing. In the end Indonesian workers always the best and reliable.

That's for today. Will update more when the boutique's appearance changed!

Toodles!


Saturday, 11 July 2015

Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segala

Assalamualaikum semua,

Semua dah maklum yang aku memang tak bekerja since tahun lepas. Hakikatnya duduk di rumah selama almost a year tanpa buat pape dan tanpa melayan karenah anak adalah sangat bosan. Sehingga lah aku mencapai titik maksimum kebosanan kat rumah, aku mula mencari arah hidup supaya aku tak terkontang kanting kat umah..

So first step yang aku buat untuk membuang kebosanan aku adalah apply master. Husband aku suh pilih UTM Razak kat Jln Semarak. Fine. So aku pon apply la MEBM; Master Engineering Business Management secara full time. Lepas 2 minggu apply aku dapat replied dari UTM yang aku diterima untuk program itu kat UTM secara full time. Alhamdulillah. Syukur sangat. Semangat nak sambung master berkobar2. Pegi ke UTM untuk ambil surat pengesahan pelajar untuk membuat pengeluaran KWSP. Dan dalam masa yang sama aku juga apply MyBrain15. Dengan harapan yuran berjumlah RM22,000 boleh ditampung dengan duit biasiswa MyBrain15 dan juga duit KWSP ku. Selepas submit semua permohonan aku menunggu jawapan dari Kementerian Pendidikan Tinggi. Sehingga sekarang masih tiada jawapan.

Memandangkan pengajian Master aku bermula bulan September 2015, aku mula mencari part time or menjinakkan semula dalam dunia business online. Lebih2 lagi husband aku banyak tanggungan. Biarlah gaji berbelas ribu pun tapi sejak aku tak bekerja dia la yang menanggung semua hutang2 aku. Sangat kesian dan terharu. Tapi apa kan daya. Bukan aku tak nak jadi jurutera tetapi kesihatan aku tidak mengizinkan. Even sekarang ni kalau terdedah dengan dusty environment sangat hidung aku mesti berdarah. How to be an engineer lah like that? Hurmm.. Aku pasrah..

So berbalik dengan pencarian bisnes online. Berminggu aku fikirkan apa bisnes yang aku suka,tertarik dan boleh commit. Ternyata aku buntu. In the same time husband menjadi agent jual kuih raya. So far alhamdulillah. Pada mulanya slow tapi da 3 kali topup stock. Aku jadi malu. Aku memang tidak berminat jual kuih tapi bagi husband aku any chances pop up he will grab the opportunity. :(

Sehinggalah suatu hari di bulan July aku browsing Majalah.com. Ternampak iklan Butik untuk dijual di Putra Height. Aku pun buka dan lokasi butik itu adalah di dalam Giant Putra Height. Dia menjual semua barang di dalam butik termasuk air-cond, lampu dan pakaian2 di dalam butik dengan harga RM50,000. And it's negotiable!

Aku whatsapp kakak yang buat iklan tu. Ternyata aku tertarik. Dia mempunyai sales yang marvelous kat Giant Putra Height. Menurut buku sales yagn ditunjukkan kepada aku la. Lalu aku bagitau kat husband aku dan dia pun tertarik. Dan kami juga membuat appointment dengan pemilik kedai itu. Ternyata sangat peramah dan kami memang berminat membeli nya walaupun keadaan kewangan kami pada masa itu sangat tidak mengizinkan. Dengan pada LHDN akan memotong gaji husband untuk 5 bulan untuk bayaran balik income tax 2014. Tetapi demi menukar haluan hidup ke arah lebih baik.

Tiada cara lain. Kami harus sacrifice semua yang ade. Husband mula apply loan ke semua bank. Aku mula menggadai semua barang kemas aku. Semua simpanan husband aku dipakai untuk membayar deposit RM10,000.. Niat untuk menyambung master mula goyah. Husband juga menyarankan untuk menangguh niat aku menyambung master. Aku pasrah. Sekarang ni masih menunggu bank mana yang sudi untuk bagi loan bayar baki beli kedai tu. Semoga dipermudahkan.

Dipanjangkan cerita dan diberi dugaan lagi dari Allah Taala, aku mendapat panggilan untuk temuduga jurutera awam 30 July 2015 ni. Ternyata aku terkejut dengan rezeki ini. Memang aku tau susah nak dapat jawatan ini di dalam keadaan ekonomi gawat ini, tapi sekiranya aku berjaya? Adakah aku mampu meneruskan bisnes ini? Siapa nak jaga kedai? Mampukah aku? Astagfirullah.. Aku kagum dengan percaturan hidup yang diaturkan oleh Allah S.W.T untuk aku. Setelah sekian lama aku menunggu peluang temuduga ini, sekarang baru muncul? Di dalam aku mempunyai perancangan yang lain? Terus terang jika disuruh buat pilihan samada nak membuat bisnes or bekerja, aku pilih bekerja. Aku suka keje sebagai jurutera! Subhanallah..

Di dalam dilema lagi. Aku hanya mampu berdoa dipermudahkan semua urusan walau apa pun rezeki yang diberikan kepada ku.

Sekarang ni aku dah 50-50 antara bisnes dan kerjaya. Ya Allah. Engkau Maha Mendengar Maha Melihat. Semoga Engkau permudahkan urusan ku. Amin..

Percayalah. Setinggi mana perancangan kita, Dia yang akan menentukan segala. Percayalah Tuhan itu ada.

:(

Wednesday, 24 June 2015

Lord of The Ring - Cincin Raya 2015

Salam semua..

Selamat berpuasa.. Ari ni aku tak puasa lagi.. Yeay!! Banyak la nak kena ganti nanti *Sobs*

Musim nak raya ni mula la aku nak jadi Mami Jarum. Setahun sekali je kot beli barang kemas.

Maka nya ak pun start survey cincin trend 2015 ni.. Ternyata aku hanya berminat ngan cincin yang berlapis-lapis macam kek lapis..

Aku da ade few yang berlapis tapi tak pernah ade emas putih. Laki aku tak nak belikan..

*Sobs*

Mengharap sangat tahun ni dapat la cincin emas putih.. Haha

Cincin kat bawah ni la idaman kalbu aku.. Aku da survey few kedai emas tapi tak jumpa pon design macam nih..

Huhu

What say you??



Thanks to Google la for all the pictures.

Poh Kong aku tak minat sangat.. Biasa nya Tomei la pilihan aku setiap tahun..

Jom mimpi emas putih plak malam ni. Kot2 blh jadi kenyataan.. Kuang3x..

Nanti da jumpa yg aku idamkan ni aku update la kat sini..

Kalau tak jumpa aku tak update la ye..

Bye!

Wednesday, 10 June 2015

I just thought that..

Ever since I was resigned as Engineer last year, I never thought my life could be happier, calmer, healthier and of course less-disaster like I had now. Alhamdulillah.

My daily routine as full housewife:

6.30am - Wake up and prepare breakfast for husband.

8.00am - Send my husband off to work.

8am - 10am - Daily chores. Laundry, cleaning, play with rabbits.

10.30am - Go to shopping mall.

1pm - Back home. Buy some groceries.

2pm - 4pm - Napping time.

5pm - Prepare dinner

9pm - Goodnight!

That's it! Senang kan? Haha

We have no kids yet. So that's my activities for now.

Back to my topic, I just thought that... I just thought that after resigned-no income- no money no talk - broke, I won't have a chance to shop again. But I'm wrong. Cakap melayu lahh..

Sebagai seorang yang cekal hati dalam shopping, aku sentiasa berusaha untuk mendapatkan duit untuk shopping. Orang selalu cakap; Husband kan ade. Dia boleh support shopping.. Yup. Don't get him wrong. Bukan dia tak penah bagi duit pon. Akaun Maybank dia pun aku boleh buka bila2 masa. Aku da faveretkan akaun Maybank aku dalam akaun dia. So nak transfer duit senang sangat. Tapi duit kerja dia aku tak pakai untuk shopping. Biasa duit dia aku ambik untuk bayar kereta, bayar bil dan yang penting je la..

Aku terpanggil nak tulis post ni sebab aku tak tau ade ke tak full housewife macam aku kat luar sana. Duduk kat rumah sorang2 macam orang gila. Gila kalau ko tak de duit and tak pergi mana2..

Allah dah uji aku sejak tahun lepas lagi. Terpaksa berhenti kerja sebab sakit. Pastu nak cari kerja lain kena pilih yang duduk ofis je. Ade ke Civil Engineer yang kerja duk ofis je? Tak de! Kecuali gomen! Bila la gomen nak panggil aku interview? JKR! Panggil aku interview oiii...

So, dengan menjual roses 3D aku, jual tudung, aku dapat la extra income.. Dapat 200-300 boleh la shopping kat Zalora. Seriously Zalora tu buat aku addicted sangat. Setiap kali dapat email dari Zalora bagitau ade sale tu, 20% disc ke.. Confirm la aku beli something.. Tapi aku tak serious dah nk meniaga ni. Rasa nak duit untuk shopping aku struggle la menjual. Kalau tak membuta je kat umah.

Tapi kebaikan berhenti kerja sebagai jurutera jugak buat aku berubah. Berubah dari segi cara percakapan, pemikiran, dan fikiran. Kalau as an engineer dulu aku selalau cakap kasar (sebab selalu gaduh ngan bangla kat site), selalu fikir negatif (sebab selalu jumpa sub-con yang suka menipu), dan meninggi diri dengan orang yang bawa kereta viva. Haha tu tipu. I mean, aku tau aku engineer, gaji besor, orang tengok aku pun takut. So kepala aku sentiasa ke atas macam berlagak la gaya nya. Tak tau la orang takut tengok aku sebab aku badan besar.. Haha

Sekarang aku lebih menghormati orang lain. Bercakap lemah lembut. Jarang gaduh ngan suami. Sentiasa berfikiran positif (especially orang minta sedekah), dan kepala aku juga da tunduk ke bawah. Aku bertuah diberikan kesedaran seperti ini. Alhamdulillah.. Syukur. Kalau tak sampai bila agaknya kesedaran tu akan timbul dengan sendiri..

Aku cuma mampu berharap semakin Allah tarik rezeki aku, semakin dia tambah rezeki suami ku. Aku redha.

Sekian update dari aku. Tengah demam lagi ni. Alhamdulillah. Ujian dari Allah lagi.






Tuesday, 19 May 2015

Application for Master - Umur dah lanjut

Salam semua,

Setelah menganggurkan diri selepas hampir setahun duduk di rumah aku mengambil inisiatif untuk memajukan diri sendiri.. Daripada duduk rumah otak tak berkembang kan.. Umo tak la lanjut sangat.. Baru 29 tahun..

Masih belum dikurniakan zuriat. Aku redha. Tapi dalam masa yang sama usaha dan tawakal masih dilakukan tanpa henti.



Master if Science (Engineering Business Management) adalah course yang aku minat dari UTM Tun Razak. KL area. Full time. Rasa boleh commit dengan full time sebab aku memang tak de kerja pon kat rumah. Ikutkan hati minda nak ambil Master of Engineering - Materials Engineering. Tapi apa kan daya sang suami kata better amikk Business gak.. Kot2 boleh mintak keje kat admin..

Semoga permohonan aku diterima dan diredhai Allah S.W.T.. InsyAllah aku akan beri yang terbaik.

Apply kerja? I did. Dan aku juga telah menghadiri beberapa interview. Contractor mostly. Dan mereka memberikan alasan yang sama iaitu aku tak cukup pengalaman dan training. Baiklah.

Mungkin juga Tuhan duga aku dengan penyakit paru-paru ni supaya aku sedar akan kewujudan-Nya.
Semoga betul la kata orang makin Allah sayang makin diuji la umatnya..

Berbalik dengan isu further study. Untuk pembayaran yuran mungkin aku akan minta jasa baik pengeluaran KWSP aku..

Nak harapkan laki aku tak boleh la.. Dia pon bayar rumah guna duit KWSP. Semoga laki aku tabah la kalau aku berjaya ambik Master ni..

Tengah mencari idea apa yng perlu dilakukan hari ini. Selain tukar pampers arnab.. *Sigh*

I should google what Stay-At-Home-Wife daily programmes..