Thursday, 27 August 2015

From Jobless to Job-Over-Pack

Known me as 'Penganggur' for almost a year since my last employment on September 2014 with MMC-Gamuda as engineer.

Further study for Master have been called off since we purchased a boutique at Giant Hypermarket Putra Height on my recently birthday. It's quite shocked for us. Who didn't have any experience in business handling. Both of us tried to expedite our business studies in order our boutique can run smoothly and successfully.

With over grow online and offline boutique in Klang Valley, I found that it's a very big challenges for us. We have to compete with almost 500(maybe) online and offline boutiques! Or maybe more than that.

But I feel so thankful for having this boutique in Giant. You won't have a zero sale in a day because a lot of people come over Giant for groceries shopping. So there will be a customer come over for alteration, custom made and shop our stuff here. Alhamdulillah.

We target by September, our website and boutique will be successfully can be run accordingly. Amin.

Now the only thing that happen in my brain was sales, and staff. Oh gosh! It's not easy to find a good staff that can be reliable, trustworthy and hardworking! I wish to have Malaysian working at my boutique but what can I say is I just feel so disappointing. In the end Indonesian workers always the best and reliable.

That's for today. Will update more when the boutique's appearance changed!

Toodles!


Saturday, 11 July 2015

Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan segala

Assalamualaikum semua,

Semua dah maklum yang aku memang tak bekerja since tahun lepas. Hakikatnya duduk di rumah selama almost a year tanpa buat pape dan tanpa melayan karenah anak adalah sangat bosan. Sehingga lah aku mencapai titik maksimum kebosanan kat rumah, aku mula mencari arah hidup supaya aku tak terkontang kanting kat umah..

So first step yang aku buat untuk membuang kebosanan aku adalah apply master. Husband aku suh pilih UTM Razak kat Jln Semarak. Fine. So aku pon apply la MEBM; Master Engineering Business Management secara full time. Lepas 2 minggu apply aku dapat replied dari UTM yang aku diterima untuk program itu kat UTM secara full time. Alhamdulillah. Syukur sangat. Semangat nak sambung master berkobar2. Pegi ke UTM untuk ambil surat pengesahan pelajar untuk membuat pengeluaran KWSP. Dan dalam masa yang sama aku juga apply MyBrain15. Dengan harapan yuran berjumlah RM22,000 boleh ditampung dengan duit biasiswa MyBrain15 dan juga duit KWSP ku. Selepas submit semua permohonan aku menunggu jawapan dari Kementerian Pendidikan Tinggi. Sehingga sekarang masih tiada jawapan.

Memandangkan pengajian Master aku bermula bulan September 2015, aku mula mencari part time or menjinakkan semula dalam dunia business online. Lebih2 lagi husband aku banyak tanggungan. Biarlah gaji berbelas ribu pun tapi sejak aku tak bekerja dia la yang menanggung semua hutang2 aku. Sangat kesian dan terharu. Tapi apa kan daya. Bukan aku tak nak jadi jurutera tetapi kesihatan aku tidak mengizinkan. Even sekarang ni kalau terdedah dengan dusty environment sangat hidung aku mesti berdarah. How to be an engineer lah like that? Hurmm.. Aku pasrah..

So berbalik dengan pencarian bisnes online. Berminggu aku fikirkan apa bisnes yang aku suka,tertarik dan boleh commit. Ternyata aku buntu. In the same time husband menjadi agent jual kuih raya. So far alhamdulillah. Pada mulanya slow tapi da 3 kali topup stock. Aku jadi malu. Aku memang tidak berminat jual kuih tapi bagi husband aku any chances pop up he will grab the opportunity. :(

Sehinggalah suatu hari di bulan July aku browsing Majalah.com. Ternampak iklan Butik untuk dijual di Putra Height. Aku pun buka dan lokasi butik itu adalah di dalam Giant Putra Height. Dia menjual semua barang di dalam butik termasuk air-cond, lampu dan pakaian2 di dalam butik dengan harga RM50,000. And it's negotiable!

Aku whatsapp kakak yang buat iklan tu. Ternyata aku tertarik. Dia mempunyai sales yang marvelous kat Giant Putra Height. Menurut buku sales yagn ditunjukkan kepada aku la. Lalu aku bagitau kat husband aku dan dia pun tertarik. Dan kami juga membuat appointment dengan pemilik kedai itu. Ternyata sangat peramah dan kami memang berminat membeli nya walaupun keadaan kewangan kami pada masa itu sangat tidak mengizinkan. Dengan pada LHDN akan memotong gaji husband untuk 5 bulan untuk bayaran balik income tax 2014. Tetapi demi menukar haluan hidup ke arah lebih baik.

Tiada cara lain. Kami harus sacrifice semua yang ade. Husband mula apply loan ke semua bank. Aku mula menggadai semua barang kemas aku. Semua simpanan husband aku dipakai untuk membayar deposit RM10,000.. Niat untuk menyambung master mula goyah. Husband juga menyarankan untuk menangguh niat aku menyambung master. Aku pasrah. Sekarang ni masih menunggu bank mana yang sudi untuk bagi loan bayar baki beli kedai tu. Semoga dipermudahkan.

Dipanjangkan cerita dan diberi dugaan lagi dari Allah Taala, aku mendapat panggilan untuk temuduga jurutera awam 30 July 2015 ni. Ternyata aku terkejut dengan rezeki ini. Memang aku tau susah nak dapat jawatan ini di dalam keadaan ekonomi gawat ini, tapi sekiranya aku berjaya? Adakah aku mampu meneruskan bisnes ini? Siapa nak jaga kedai? Mampukah aku? Astagfirullah.. Aku kagum dengan percaturan hidup yang diaturkan oleh Allah S.W.T untuk aku. Setelah sekian lama aku menunggu peluang temuduga ini, sekarang baru muncul? Di dalam aku mempunyai perancangan yang lain? Terus terang jika disuruh buat pilihan samada nak membuat bisnes or bekerja, aku pilih bekerja. Aku suka keje sebagai jurutera! Subhanallah..

Di dalam dilema lagi. Aku hanya mampu berdoa dipermudahkan semua urusan walau apa pun rezeki yang diberikan kepada ku.

Sekarang ni aku dah 50-50 antara bisnes dan kerjaya. Ya Allah. Engkau Maha Mendengar Maha Melihat. Semoga Engkau permudahkan urusan ku. Amin..

Percayalah. Setinggi mana perancangan kita, Dia yang akan menentukan segala. Percayalah Tuhan itu ada.

:(

Wednesday, 24 June 2015

Lord of The Ring - Cincin Raya 2015

Salam semua..

Selamat berpuasa.. Ari ni aku tak puasa lagi.. Yeay!! Banyak la nak kena ganti nanti *Sobs*

Musim nak raya ni mula la aku nak jadi Mami Jarum. Setahun sekali je kot beli barang kemas.

Maka nya ak pun start survey cincin trend 2015 ni.. Ternyata aku hanya berminat ngan cincin yang berlapis-lapis macam kek lapis..

Aku da ade few yang berlapis tapi tak pernah ade emas putih. Laki aku tak nak belikan..

*Sobs*

Mengharap sangat tahun ni dapat la cincin emas putih.. Haha

Cincin kat bawah ni la idaman kalbu aku.. Aku da survey few kedai emas tapi tak jumpa pon design macam nih..

Huhu

What say you??



Thanks to Google la for all the pictures.

Poh Kong aku tak minat sangat.. Biasa nya Tomei la pilihan aku setiap tahun..

Jom mimpi emas putih plak malam ni. Kot2 blh jadi kenyataan.. Kuang3x..

Nanti da jumpa yg aku idamkan ni aku update la kat sini..

Kalau tak jumpa aku tak update la ye..

Bye!

Wednesday, 10 June 2015

I just thought that..

Ever since I was resigned as Engineer last year, I never thought my life could be happier, calmer, healthier and of course less-disaster like I had now. Alhamdulillah.

My daily routine as full housewife:

6.30am - Wake up and prepare breakfast for husband.

8.00am - Send my husband off to work.

8am - 10am - Daily chores. Laundry, cleaning, play with rabbits.

10.30am - Go to shopping mall.

1pm - Back home. Buy some groceries.

2pm - 4pm - Napping time.

5pm - Prepare dinner

9pm - Goodnight!

That's it! Senang kan? Haha

We have no kids yet. So that's my activities for now.

Back to my topic, I just thought that... I just thought that after resigned-no income- no money no talk - broke, I won't have a chance to shop again. But I'm wrong. Cakap melayu lahh..

Sebagai seorang yang cekal hati dalam shopping, aku sentiasa berusaha untuk mendapatkan duit untuk shopping. Orang selalu cakap; Husband kan ade. Dia boleh support shopping.. Yup. Don't get him wrong. Bukan dia tak penah bagi duit pon. Akaun Maybank dia pun aku boleh buka bila2 masa. Aku da faveretkan akaun Maybank aku dalam akaun dia. So nak transfer duit senang sangat. Tapi duit kerja dia aku tak pakai untuk shopping. Biasa duit dia aku ambik untuk bayar kereta, bayar bil dan yang penting je la..

Aku terpanggil nak tulis post ni sebab aku tak tau ade ke tak full housewife macam aku kat luar sana. Duduk kat rumah sorang2 macam orang gila. Gila kalau ko tak de duit and tak pergi mana2..

Allah dah uji aku sejak tahun lepas lagi. Terpaksa berhenti kerja sebab sakit. Pastu nak cari kerja lain kena pilih yang duduk ofis je. Ade ke Civil Engineer yang kerja duk ofis je? Tak de! Kecuali gomen! Bila la gomen nak panggil aku interview? JKR! Panggil aku interview oiii...

So, dengan menjual roses 3D aku, jual tudung, aku dapat la extra income.. Dapat 200-300 boleh la shopping kat Zalora. Seriously Zalora tu buat aku addicted sangat. Setiap kali dapat email dari Zalora bagitau ade sale tu, 20% disc ke.. Confirm la aku beli something.. Tapi aku tak serious dah nk meniaga ni. Rasa nak duit untuk shopping aku struggle la menjual. Kalau tak membuta je kat umah.

Tapi kebaikan berhenti kerja sebagai jurutera jugak buat aku berubah. Berubah dari segi cara percakapan, pemikiran, dan fikiran. Kalau as an engineer dulu aku selalau cakap kasar (sebab selalu gaduh ngan bangla kat site), selalu fikir negatif (sebab selalu jumpa sub-con yang suka menipu), dan meninggi diri dengan orang yang bawa kereta viva. Haha tu tipu. I mean, aku tau aku engineer, gaji besor, orang tengok aku pun takut. So kepala aku sentiasa ke atas macam berlagak la gaya nya. Tak tau la orang takut tengok aku sebab aku badan besar.. Haha

Sekarang aku lebih menghormati orang lain. Bercakap lemah lembut. Jarang gaduh ngan suami. Sentiasa berfikiran positif (especially orang minta sedekah), dan kepala aku juga da tunduk ke bawah. Aku bertuah diberikan kesedaran seperti ini. Alhamdulillah.. Syukur. Kalau tak sampai bila agaknya kesedaran tu akan timbul dengan sendiri..

Aku cuma mampu berharap semakin Allah tarik rezeki aku, semakin dia tambah rezeki suami ku. Aku redha.

Sekian update dari aku. Tengah demam lagi ni. Alhamdulillah. Ujian dari Allah lagi.






Tuesday, 19 May 2015

Application for Master - Umur dah lanjut

Salam semua,

Setelah menganggurkan diri selepas hampir setahun duduk di rumah aku mengambil inisiatif untuk memajukan diri sendiri.. Daripada duduk rumah otak tak berkembang kan.. Umo tak la lanjut sangat.. Baru 29 tahun..

Masih belum dikurniakan zuriat. Aku redha. Tapi dalam masa yang sama usaha dan tawakal masih dilakukan tanpa henti.



Master if Science (Engineering Business Management) adalah course yang aku minat dari UTM Tun Razak. KL area. Full time. Rasa boleh commit dengan full time sebab aku memang tak de kerja pon kat rumah. Ikutkan hati minda nak ambil Master of Engineering - Materials Engineering. Tapi apa kan daya sang suami kata better amikk Business gak.. Kot2 boleh mintak keje kat admin..

Semoga permohonan aku diterima dan diredhai Allah S.W.T.. InsyAllah aku akan beri yang terbaik.

Apply kerja? I did. Dan aku juga telah menghadiri beberapa interview. Contractor mostly. Dan mereka memberikan alasan yang sama iaitu aku tak cukup pengalaman dan training. Baiklah.

Mungkin juga Tuhan duga aku dengan penyakit paru-paru ni supaya aku sedar akan kewujudan-Nya.
Semoga betul la kata orang makin Allah sayang makin diuji la umatnya..

Berbalik dengan isu further study. Untuk pembayaran yuran mungkin aku akan minta jasa baik pengeluaran KWSP aku..

Nak harapkan laki aku tak boleh la.. Dia pon bayar rumah guna duit KWSP. Semoga laki aku tabah la kalau aku berjaya ambik Master ni..

Tengah mencari idea apa yng perlu dilakukan hari ini. Selain tukar pampers arnab.. *Sigh*

I should google what Stay-At-Home-Wife daily programmes..



Tuesday, 5 May 2015

Trip ke Ho Chi Minh 2015

Salam.

Trip ke Ho Chi Minh minggu lepas bersama sang suami adalah ringkas tapi mencabar minda dan fizikal.

Kami berlepas ke Ho Chi Minh 17 April 2015 pada jam 7.40pm dan sampai jam 8.40 pm waktu tmpatan Vietnam. Take note ye waktu Vietnam lambat sejam dari Malaysia. Biasa nya henpon automatic akan update jam kat henpon tu.. Kalau korang on location service kt fon la..

Money changer – Aku tuka duit Vietnam Dong (VD) 2 juta VD yang mana sama dengan RM 354. Time tu RM1 = 0.177 VD. Duit USD aku tuka gak sebab aku banyak bc blog kalau nak g trip Mekong ke Chi chi Tunnel ke senang nak guna USD. Time tu 1 USD = RM3.7. Mahal jugak. So aku tuka je la 30USD.

Sampai je epot and cop passport semua, kami g cari teksi Vinasun. Ramai sangat suggest guna teksi Vinasun tu. Kat mana? Keluar epot terus jalan straigt ke bahagian teksi. Kalau nak naik bas belah kanan luar airport. Untuk Vinasun, ade abang pakai baju hijau Emerald. Nanti ade teksi Vinasun sampai, dia akan bagi Information Card. Dalam tu ade tulis nombor taxi, tarikh dan destinasi.

Nasib je la sebelum naik teksi kami g cari air mineral dulu. Dapat la pecah duit. Tuka duit dong kt money changer semua 100 ribu VD je.. Tak de kecik..

Total harga teksi 130K dong. Pastu sampai hotel dia bagi 1 resit putih. Mcm caj hotel plak.. Dia caj 10K dong. kteorg byr je la.. Sampau pn da malam sgt. Malas nak pk.. Lgpun 10K dong tu sm mcm RM1.77? Halal je la kan..

Nak senang convert dong ke RM : (VD/1000) x 0.177.. Biasa kat sana tak sebut ribu dong tu.. Mcm harga teksi 130K dong.. Dorang sebut 130 je.. ribu blkang pandai2 la..

Converter table pon aku sediakan gak.. Senang la nak compare.. Tak nak la rugi and kena tipu plak..

Malam tu sampai epot terus tido la… Penat giler kot.. Kami stay kat Hotel Ha Hien. Tak jauh dari Ben Thant area. Jalan 3 minit da sampai. Hehe.. Hotel ni booking through Air Asia Go. Yang mana harga tiket flight sekali dengan harga hotel.. Before pilih hotel boleh la check google map.. Cari dekat dengan tempat bejalan..

Keesokan hari nya. Pagi2 jam 8 da turun nak g breakfast hotel konon nya. Jumpa makcik and pakcik Malaysia kat lobby. Dorang suh makan benda yang konfiden halal je la.. So 3 ari aku kat hotel tu, setiap pagi aku makan pisang dan roti bakar je.. Nangis teringat nasi kerabu. Haha

Sihat sangat breakfast kami. Pisang + Telur masin. 

Pas breakfast ala kadar kteorg naik bilik dan sedia nak g serang Ben Thant. Sebutan dia ban-thang? Pape la..

Bagi aku yang first time datang situ memang blur sikit. Pasar Ben Thant ni tempat orang jual secara sggresive. Tarik tangan sokmo. Melalui internet gak kami dapat info kedai mana yang jual kain murah. Kedai no 468. Akak jual tu macam kat bawah ni la..



Gamba di rotate tak jadi plak.. Erm.. 


First day jalan dah abis RM600.. Betul2 tak sedar pon duit abis dengan cepat. Sebab semua murah.. Kain cotton sepasang RM20. Cotton English mahal sikit. RM25 sepasang. Ade lg yang mahal. Paling mahal aku dengar RM50/sepasang. Tapi kain dia memang lawa habis..

Lepas penat shopping lapar plak perut. Lunch kat Restoran Seri Saigon Penang. Boleh la Google Map kan kedai tu.. Aku tolong google map. Bila tgk sendiri asyik sesat je.. Nasib laki aku terror sikit bab2 map nih..


Pegi negara orang pn tak blh tinggal nasi.. Ayam madu diorang ni memang berhantu.. Balik Malaysia aku terbayang2 lagi kelazatan dan kerangupan dia.. Sebab nak jimat amik ayam and kangkung belacan je.. Range harga makan kami berdua RM50 - RM80 sekali makan,. 


Lepas tu pegi plak Taka Plaza. Dengar2 banyak barang best kat situ. Hurm.. Tak tau la..Macam barang bundle pun ada.. Kat tingkat atas je la ok sikit barang dia.. Laki aku dapat la rembat 2 helai baju Ferrari Puma and aku dapat la blazer sequine ala2 Siti Nurhaliza tu. Haha

Bagi aku tak pergi pun tak pe.. Nak cari barang baby and baju bersenam boleh la situ. Banyak gak jaket sejuk situ..


Maybe sebab saiz aku tak banyak situ,, Tau2 la orang Vietnam kan kecik molek je.. Yang besar gajah memang tak payah cari baju kat situ la.. Haha

Kalau minat beg kulit lembu warna warni boleh la jalan tepi Taka Plaza tu.. Ade banyak kedai menarik gak.

Lepas da penat pusing2 jalan2, kteorg balik hotel and tido.. Haha

Malam tu kteorg pegi pasar malam depan Ben Thant. Kalau nak makan murah pegi la Malaysia Street. Lorong depan Ben That gak.. Landmark: Hotel Pink Saigon 2. Banyak kedai makan halal situ. Tudung Neelofa dan seluar Neelofa dijual murah giler. Memang copy cat habis..

Malam tu makan kat Kampung Melayu Restaurant. Owner kedai sama dengan owner kedai Restoran Seri Penang tadi.. 

Kali ni amik set Ayam Kari plak.. Ade sayur, sup ayam, ayam kari and nasi 2..

Lepas makan haruslah cuci mata kat Pasar Malam. Kami beli lugage baru sebab memang dah tau balik nanti beg mesti tak muat. Beg paling besar kami dapat RM120. Yang mana tak mungkin dapat harga tu kat Malaysia la.. 

Ramai gak jumpa orang Malaysia.. Dari Johor ade, Sabah, Sarawak ade.. Hehe.. Malaysian people memang suka shopping heh.. Including me laa...

Tapi berhati2 la kalau da tawar gile2 tu baik beli terus.. Sebab dorang akan marah gila kalau kita tawar serius tiba2 cakap tak nak.. Memang abis kena marah tu.. Kalau rasa nak beli baru tawar.. Kalau tak nak tak yah tanya langsung..

Balik hotel terus tido la makcik...

Hari ke-3 at Ho Chi Minh..

Disebabkan kerakusan membeli barang dan duit Malaysia pon da abis.. Nak jalan pon tak selesa. Kad Maybank tak activate langsung.. So, hubby pon beli sim kad Vietnam. Kol Maybank untuk activate kan Maybank Card. Atm kad la... Orang Maybank kata ade ATM Maybank kat Ho Chi Minh area.. Sekali di google map kan wow.. Memang ade... Laki aku cakap dekat je.. Walking distance.. Berpeluh gak ketiak bejalan weh... Sabo je la..

Korang boleh jumpa ATM Maybank kat Sun Wah Tower.. Alamat seperti dibawah..

Dah boleh keluarkan duit tu keuarkan la semaximum yang boleh.. Haha

Lepas withdraw duit, kteorg pegi plak Bin Thay Market.. Aku sebut Bin-Tey.. Rupanya sebutan nya Ben-Taiiii...

Naik teksi je..Sebab jauh sangat.. Nak naik bas pon boleh.. Stesyen bas tak jauh dari roundabout depan Ben Thant tu.. Naik bas no 01..Lagi senang kalau korang rasa tak konfiden nak sebut tunjuk je nama tempat tu and address sekali.. Kang ke mana plak driver tu bawa...

Bin Thay Market ni lagi dasyat dia punya barang.. Ade pinggan mangkuk, kain prada lace ni alahai murah sangat.. Ade yang jual borong.. Ade yang boleh jual meter.. Topi keledar, topi pantai banyak gila.. Mask bermacam rupa pun ada..

Bahagian atas jual tuala, barang baby and t-shirt.. Banyak sangat sampai tak terbeli.. Kalau korang memang plan nk memborong better pegi la Bin Thay ni.. Kalau setakat nak bli sikit2 beli kat Ben Thant je la..

Malam nya plak kteorg pegi jauh sikit pasar malam. Jumpa Kak Lina.. Dia ni kira femes la di kalangan orang Malaysia.. Ramai orang beli seluar jeans kat dia.. Aku ngan laki aku rembat la sorang 2 helai seluar jeans. 2 helai seluar slack.. Kain dia macam ori gak.. Ikut masing2 punya taste la kan.. 

Keesokan ari nya kteorg tak pegi mana sangat sebab flight balik Malaysia tengahri..

So packing2 je la.. Breakfast kat hotel macam biasa.. 

Overall, pegi Ho Chi Minh tak payah berhari-hari sangat.. Bagi aku kalau memang niat nk borong kain, sehari 2 je pun da cukup.. Betul.. Sebab nya : 1) Makan kat situ mahal. Buat yang memang perut nasi la.. Nak cari yang halal la.. 2) Tempat menarik seperti Sg Mekong dia mcm bosan jek.. Bg aku la.. 3) Bosan. Haha

So, nak bisnes kain pegi la Ho Chi Minh.. Nak jenjalan pegi la tempat lain.. Tu je coretan aku untuk Ho Chi Minh..

Bye!






Tuesday, 7 April 2015

I wish ...

: there will be some companies will call me for an interview

: that there will be a solution for bored-to-death housewife

: my tailor stayed nearby; she can help me with my business

: for a miracle that I am pregnant now

: shopping is my 1st ranking activities as I'm no longer interested with shopping mall

: my husband will take a long vacation and take me to overseas

: pimples never exist in this world

: that I never had any headache cause I'm sick of taking medicine

: my body become slender before this coming Eid

: my weight is 60kg only

: life getting interesting than we ever tasted

: someone going to help me fold all my clothes

: that eating is not a happiness pill

We can have a long wishes. But it will never happen. So, have fun with your life. Waaaaaaaaaaa