Salam semua.
Aku mulanya tak nak pinjam2 duit untuk bisnes. Tapi sejak mula puasa butik aku dihujani dengan customer yang Alhamdulillah ramai sangat.
Aku baru start offline business ni 1 Ogos 2015. Selepas aku decide dah tak nak kerja forever. Masa tu aku tau kewujudan butik macam cendawan tumbuh pas hujan.
Tapi aku bisnes ni bukan baru lagi.. Dari 2012 lagi aku start bisnes online. Tapi tu la.. On off je.. Sebab bila makan gaji as engineer plak, bisnes terus aku lupakan.. Muahaaahaha
So, dipendekkan cerita. Aku memerlukan 1 lagi mesin jahit tepi. Jahit tepi halus. Sekarang ni ade dah mesin jahit tepi biasa. Tapi kalau asyik tukar tapak takut rosak plak..
Tambahan pulak ramai customer datang minta tudung jahit tepi halus.. Lagi aku memerlukan dana untuk renovation kedai. Tapi renovation ni tak la urgent sangat. Tapi besi gantung baju semua dah tercabut kat kedai. Aku pasrah je cari solusi lain. Bagi aku biarlah renovasi kedai ni aku buat guna keuntungan bisnes nanti..
Aku apply Pinjaman Tekun 9 May 2016. Aku siapkan paperwork sekali sebab amount yang aku nak pinjam adalah 50 ribu. Paperwork aku buat berdasarkan contoh yang ade kat Google. Aku combine semua idea. Semua info. Alhamdulillah paperwork aku diterima dengan baik.
Pada mula nya aku pegi Tekun bahagian Seri Kembangan (2 May 2016). Tapi disebabkan tempat perniagaan aku di sempadan Subang Jaya, aku terpaksa pegi Tekun Bahagian Kota Raja. Borang latest kena ambik dari Tekun. Aku download dari internet tapi pegawai tekun kata borang aku tu borang lama. So kena isi baru. Semua dokumen yang diperlukan korang kenalah sediakan. Ikut checklist yang disediakan oleh pihak Tekun.
Jangan lupa minta tandatangan pegawai UMNO bahagian dan ahli AJK Tekun. Nak seribu daya.. Tak nak seribu dalih k.. Kena rajin ke sana ke sini. Alhamdulillah bagi pihak aku semuanya berjalan lancar. Selepas dapat semua tandatangan (kena buat appointment dulu ngan AJK Tekun), 9 May 2016 aku pon submit kat Tekun Kota Raja. Dorang check terus borang dan dokumen cukup tak.. Dah cukup dalam masa 7 hari bekerja dorang akan datang ke premis perniagaan untuk pastikan perniagaan kita wujud tak.
Alhamdulillah pegawai Tekun datang kedai aku lepas 6 hari bekerja. Dan dia cakap dalam masa 21 hari bekerja akan dapat kol dari HQ Tekun untuk pengesahan. 10 June 2016 HQ Tekun kol untuk pengesahan dan tanya ape yang patut. Time dorang kol tu aku tengah layan customer. Sampai customer aku merajuk. Sebab aku pentingkan fon. Hahhaha pas tu aku panggil dia balik. Aku bagi diskaun kaw kaw..
So lepas HQ kol dia cakap tunggu kol dari Tekun bahagian untuk tau berapa pinjaman approved. Alhamdulillah 21 June 2016 Tekun Kota Raja kol yang aku punya Tekun dah di approved. Walaupun tak sampai half yang aku mintak tu dapat.. Haha
Aku buat appointment g ofis dorang 23 June 2016. Sign agreement dan yang paling penting kena bawa waris sorang. Aku gigih suh adik aku balik KL sebab laki aku outstation. Haha
Dan hari ni 28 June 2016 duit da masuk kat akaun. Syukur sangat. Sebelum ni banyak baca tentang pinjaman tekun 4,5 bulan pon tak dapat2 lagi. Berikut merupakan perjalanan pinjaman Tekun aku.
9 May 2016 - Hantar permohonan lengkap dengan paperwork
16 May 2016 - Pegawai Tekun datang premis buat pengesahan wujudnya perniagaan.
10 June 2016 - HQ Tekun wat pengesahan via phone.
21 June 2016 - Tekun bahagian kol suh datang sign agreement
23 June 2016 - Sign Agreement dan sediakan 12 keping cek. Post dated cheque.
28 June 2016 - Duit masuk ke akaun syarikat
Begitulah kisahnya. Semoga selepas ni Tekun akan memberi peluang lagi dengan aku. Jangan risau payment mesti cantik k..
So, korang kalau nak wat pinjaman pastikan semua dokumen cukup dan lengkap k..