Sempena trip ke china minggu depan ni aku nak rajinkan diri update pasal preparation kami untuk ke China. For first timer la..
Tiket Airasia ni baru beli awal bulan ari tu. Bisnes punya pasal. Terpaksa gagahkan diri ke China. Untuk mendapat info dan ilmu yang lebih. Semoga bisnes aku lebih maju dan maju nanti. Amin.
Pre-China Preparation ni aku start dengan penukaran duit ke Chinese Yuan. So far sekarang duit Malaysia memang jatuh menjunam. Semalam aku usha kat IOI City Mall. Kat Ground Floor. Depan Index Living Mall tu. 68.85. Memang mahal gila..
Pastu hari ni nekad nak tuka gak sebab minggu depan dah nak fly (-_-). So hari ni dapat 100yuan = RM67.85. Mintak kurang tak dapat2. Fedup gak.. Bukan nak tuka 50 hinggit pon..10K ok..
Tak dapat kurang kat kedai Visionay Creation. Pegi money changer kat sebelah. Dapat la 67.80..
So aku pon tuka la RM8000 kat kedai Global tu. Siap check duit tu fake note ke tak.. Info sikit untuk yang tak tau check duit china palsu ke tak, gosok kat baju uncle dalam duit china tu.. gosok gosok sampai rasa kesat baju uncle tu.. Kalau korang gosok duit dia rasa halus je kan.. kalau gosok baju collar uncle tu rasa la kesat sikit.. So, duit tu ori la..
Ilmu ni aku dapat masa g seminar borong China.. Semoga semua dapat manfaat.
Lepas pusing2, shopping barang2 nak g china, aku g round balik tempat money changer. Alamak. Turun lagi duit China. Jadi 67.70 utk 100 Yuan. Aku pn gigih la berbaris kat Maybank sebelah money changer tu nak tuka lagi RM2000. Ingatkan nak tuka lagi 5k tapi dah melebihi had pengeluaran plak..
Ok. Duit tuka da ade. Barang2 keperluan yang aku bawa:
1. Kasut Sukan - Aku bawa 2. Satu extra takut kena hujan.
2. Baju Hujan
3. Payung
4. Calculator kecik
5.Universal Plug. Aku ade bagi contoh plug kat China mcmna kat bawah.
6. Makanan ringan. Maggi, serunding, kicap
7. Tupperware
8. Ubat-ubatan
9. Pakaian dalam. Haha
Semua duit 100 Yuan. Parah macam ni kan..
Duit tak semua letak di tempat yang sama. Dah siap asingkan 1000Yuang 1 envelope. Duit untuk teksi, untuk makan, untuk shopping.
Sorang hanya boleh bawa RM10000 je dari Malaysia. So make sure sorng jangan pegang lebih dari tu. Kena tahan dek kastam tak tau ah..
Contoh kepala plug kat China. So beli la universal charger yang sewaktu dengan nya.
Tiket jangan lupa check in dan parint siap2. Make sure lugage beli lebih. Jangan beli kurang. Kang nak tambah kat airport nangis nak membayar.