Assalamualaikum semua,
Semua dah maklum yang aku memang tak bekerja since tahun lepas. Hakikatnya duduk di rumah selama almost a year tanpa buat pape dan tanpa melayan karenah anak adalah sangat bosan. Sehingga lah aku mencapai titik maksimum kebosanan kat rumah, aku mula mencari arah hidup supaya aku tak terkontang kanting kat umah..
So first step yang aku buat untuk membuang kebosanan aku adalah apply master. Husband aku suh pilih UTM Razak kat Jln Semarak. Fine. So aku pon apply la MEBM; Master Engineering Business Management secara full time. Lepas 2 minggu apply aku dapat replied dari UTM yang aku diterima untuk program itu kat UTM secara full time. Alhamdulillah. Syukur sangat. Semangat nak sambung master berkobar2. Pegi ke UTM untuk ambil surat pengesahan pelajar untuk membuat pengeluaran KWSP. Dan dalam masa yang sama aku juga apply MyBrain15. Dengan harapan yuran berjumlah RM22,000 boleh ditampung dengan duit biasiswa MyBrain15 dan juga duit KWSP ku. Selepas submit semua permohonan aku menunggu jawapan dari Kementerian Pendidikan Tinggi. Sehingga sekarang masih tiada jawapan.
Memandangkan pengajian Master aku bermula bulan September 2015, aku mula mencari part time or menjinakkan semula dalam dunia business online. Lebih2 lagi husband aku banyak tanggungan. Biarlah gaji berbelas ribu pun tapi sejak aku tak bekerja dia la yang menanggung semua hutang2 aku. Sangat kesian dan terharu. Tapi apa kan daya. Bukan aku tak nak jadi jurutera tetapi kesihatan aku tidak mengizinkan. Even sekarang ni kalau terdedah dengan dusty environment sangat hidung aku mesti berdarah. How to be an engineer lah like that? Hurmm.. Aku pasrah..
So berbalik dengan pencarian bisnes online. Berminggu aku fikirkan apa bisnes yang aku suka,tertarik dan boleh commit. Ternyata aku buntu. In the same time husband menjadi agent jual kuih raya. So far alhamdulillah. Pada mulanya slow tapi da 3 kali topup stock. Aku jadi malu. Aku memang tidak berminat jual kuih tapi bagi husband aku any chances pop up he will grab the opportunity. :(
Sehinggalah suatu hari di bulan July aku browsing Majalah.com. Ternampak iklan Butik untuk dijual di Putra Height. Aku pun buka dan lokasi butik itu adalah di dalam Giant Putra Height. Dia menjual semua barang di dalam butik termasuk air-cond, lampu dan pakaian2 di dalam butik dengan harga RM50,000. And it's negotiable!
Aku whatsapp kakak yang buat iklan tu. Ternyata aku tertarik. Dia mempunyai sales yang marvelous kat Giant Putra Height. Menurut buku sales yagn ditunjukkan kepada aku la. Lalu aku bagitau kat husband aku dan dia pun tertarik. Dan kami juga membuat appointment dengan pemilik kedai itu. Ternyata sangat peramah dan kami memang berminat membeli nya walaupun keadaan kewangan kami pada masa itu sangat tidak mengizinkan. Dengan pada LHDN akan memotong gaji husband untuk 5 bulan untuk bayaran balik income tax 2014. Tetapi demi menukar haluan hidup ke arah lebih baik.
Tiada cara lain. Kami harus sacrifice semua yang ade. Husband mula apply loan ke semua bank. Aku mula menggadai semua barang kemas aku. Semua simpanan husband aku dipakai untuk membayar deposit RM10,000.. Niat untuk menyambung master mula goyah. Husband juga menyarankan untuk menangguh niat aku menyambung master. Aku pasrah. Sekarang ni masih menunggu bank mana yang sudi untuk bagi loan bayar baki beli kedai tu. Semoga dipermudahkan.
Dipanjangkan cerita dan diberi dugaan lagi dari Allah Taala, aku mendapat panggilan untuk temuduga jurutera awam 30 July 2015 ni. Ternyata aku terkejut dengan rezeki ini. Memang aku tau susah nak dapat jawatan ini di dalam keadaan ekonomi gawat ini, tapi sekiranya aku berjaya? Adakah aku mampu meneruskan bisnes ini? Siapa nak jaga kedai? Mampukah aku? Astagfirullah.. Aku kagum dengan percaturan hidup yang diaturkan oleh Allah S.W.T untuk aku. Setelah sekian lama aku menunggu peluang temuduga ini, sekarang baru muncul? Di dalam aku mempunyai perancangan yang lain? Terus terang jika disuruh buat pilihan samada nak membuat bisnes or bekerja, aku pilih bekerja. Aku suka keje sebagai jurutera! Subhanallah..
Di dalam dilema lagi. Aku hanya mampu berdoa dipermudahkan semua urusan walau apa pun rezeki yang diberikan kepada ku.
Sekarang ni aku dah 50-50 antara bisnes dan kerjaya. Ya Allah. Engkau Maha Mendengar Maha Melihat. Semoga Engkau permudahkan urusan ku. Amin..
Percayalah. Setinggi mana perancangan kita, Dia yang akan menentukan segala. Percayalah Tuhan itu ada.
:(