Salam.
Trip ke Ho Chi Minh minggu lepas bersama sang suami adalah ringkas tapi mencabar minda dan fizikal.
Kami berlepas ke Ho Chi Minh 17 April 2015 pada jam 7.40pm dan sampai jam 8.40 pm waktu tmpatan
Vietnam. Take note ye waktu Vietnam lambat sejam dari Malaysia. Biasa nya
henpon automatic akan update jam kat henpon tu.. Kalau korang on location
service kt fon la..
Money changer – Aku tuka duit Vietnam Dong (VD) 2 juta VD yang
mana sama dengan RM 354. Time tu RM1 = 0.177 VD. Duit USD aku tuka gak sebab
aku banyak bc blog kalau nak g trip Mekong ke Chi chi Tunnel ke senang nak guna
USD. Time tu 1 USD = RM3.7. Mahal jugak. So aku tuka je la 30USD.
Sampai je epot and cop passport semua, kami g cari teksi Vinasun.
Ramai sangat suggest guna teksi Vinasun tu. Kat mana? Keluar epot terus jalan
straigt ke bahagian teksi. Kalau nak naik bas belah kanan luar airport. Untuk Vinasun, ade abang pakai baju hijau Emerald. Nanti ade teksi
Vinasun sampai, dia akan bagi Information Card. Dalam tu ade tulis nombor taxi, tarikh
dan destinasi.
Nasib je la sebelum naik teksi kami g cari air mineral dulu. Dapat
la pecah duit. Tuka duit dong kt money changer semua 100 ribu VD je.. Tak de kecik..
Total harga teksi 130K dong. Pastu sampai hotel dia bagi 1 resit
putih. Mcm caj hotel plak.. Dia caj 10K dong. kteorg byr je la.. Sampau pn da malam sgt. Malas nak pk.. Lgpun 10K dong tu sm mcm RM1.77? Halal je la kan..
Nak senang convert dong ke RM : (VD/1000) x 0.177.. Biasa kat sana
tak sebut ribu dong tu.. Mcm harga teksi 130K dong.. Dorang sebut 130 je.. ribu
blkang pandai2 la..
Converter table pon aku sediakan gak.. Senang la nak compare.. Tak
nak la rugi and kena tipu plak..
Malam tu sampai epot terus tido la… Penat giler kot.. Kami stay kat Hotel Ha Hien. Tak jauh dari Ben Thant area. Jalan 3 minit da sampai. Hehe.. Hotel ni booking through Air Asia Go. Yang mana harga tiket flight sekali dengan harga hotel.. Before pilih hotel boleh la check google map.. Cari dekat dengan tempat bejalan..
Keesokan hari nya. Pagi2 jam 8 da turun nak g breakfast hotel
konon nya. Jumpa makcik and pakcik Malaysia kat lobby. Dorang suh makan benda
yang konfiden halal je la.. So 3 ari aku kat hotel tu, setiap pagi aku makan
pisang dan roti bakar je.. Nangis teringat nasi kerabu. Haha
Sihat sangat breakfast kami. Pisang + Telur masin.
Pas breakfast ala kadar kteorg naik bilik dan sedia nak g serang
Ben Thant. Sebutan dia ban-thang? Pape la..
Bagi aku yang first time datang situ memang blur sikit. Pasar Ben Thant ni tempat orang jual secara sggresive. Tarik tangan sokmo. Melalui internet gak kami dapat info kedai mana yang jual kain murah. Kedai no 468. Akak jual tu macam kat bawah ni la..
Gamba di rotate tak jadi plak.. Erm..
First day jalan dah abis RM600.. Betul2 tak sedar pon duit abis dengan cepat. Sebab semua murah.. Kain cotton sepasang RM20. Cotton English mahal sikit. RM25 sepasang. Ade lg yang mahal. Paling mahal aku dengar RM50/sepasang. Tapi kain dia memang lawa habis..
Lepas penat shopping lapar plak perut. Lunch kat Restoran Seri Saigon Penang. Boleh la Google Map kan kedai tu.. Aku tolong google map. Bila tgk sendiri asyik sesat je.. Nasib laki aku terror sikit bab2 map nih..
Pegi negara orang pn tak blh tinggal nasi.. Ayam madu diorang ni memang berhantu.. Balik Malaysia aku terbayang2 lagi kelazatan dan kerangupan dia.. Sebab nak jimat amik ayam and kangkung belacan je.. Range harga makan kami berdua RM50 - RM80 sekali makan,.
Lepas tu pegi plak Taka Plaza. Dengar2 banyak barang best kat situ. Hurm.. Tak tau la..Macam barang bundle pun ada.. Kat tingkat atas je la ok sikit barang dia.. Laki aku dapat la rembat 2 helai baju Ferrari Puma and aku dapat la blazer sequine ala2 Siti Nurhaliza tu. Haha
Bagi aku tak pergi pun tak pe.. Nak cari barang baby and baju bersenam boleh la situ. Banyak gak jaket sejuk situ..
Maybe sebab saiz aku tak banyak situ,, Tau2 la orang Vietnam kan kecik molek je.. Yang besar gajah memang tak payah cari baju kat situ la.. Haha
Kalau minat beg kulit lembu warna warni boleh la jalan tepi Taka Plaza tu.. Ade banyak kedai menarik gak.
Lepas da penat pusing2 jalan2, kteorg balik hotel and tido.. Haha
Malam tu kteorg pegi pasar malam depan Ben Thant. Kalau nak makan murah pegi la Malaysia Street. Lorong depan Ben That gak.. Landmark: Hotel Pink Saigon 2. Banyak kedai makan halal situ. Tudung Neelofa dan seluar Neelofa dijual murah giler. Memang copy cat habis..
Malam tu makan kat Kampung Melayu Restaurant. Owner kedai sama dengan owner kedai Restoran Seri Penang tadi..
Kali ni amik set Ayam Kari plak.. Ade sayur, sup ayam, ayam kari and nasi 2..
Lepas makan haruslah cuci mata kat Pasar Malam. Kami beli lugage baru sebab memang dah tau balik nanti beg mesti tak muat. Beg paling besar kami dapat RM120. Yang mana tak mungkin dapat harga tu kat Malaysia la..
Ramai gak jumpa orang Malaysia.. Dari Johor ade, Sabah, Sarawak ade.. Hehe.. Malaysian people memang suka shopping heh.. Including me laa...
Tapi berhati2 la kalau da tawar gile2 tu baik beli terus.. Sebab dorang akan marah gila kalau kita tawar serius tiba2 cakap tak nak.. Memang abis kena marah tu.. Kalau rasa nak beli baru tawar.. Kalau tak nak tak yah tanya langsung..
Balik hotel terus tido la makcik...
Hari ke-3 at Ho Chi Minh..
Disebabkan kerakusan membeli barang dan duit Malaysia pon da abis.. Nak jalan pon tak selesa. Kad Maybank tak activate langsung.. So, hubby pon beli sim kad Vietnam. Kol Maybank untuk activate kan Maybank Card. Atm kad la... Orang Maybank kata ade ATM Maybank kat Ho Chi Minh area.. Sekali di google map kan wow.. Memang ade... Laki aku cakap dekat je.. Walking distance.. Berpeluh gak ketiak bejalan weh... Sabo je la..
Korang boleh jumpa ATM Maybank kat Sun Wah Tower.. Alamat seperti dibawah..
Dah boleh keluarkan duit tu keuarkan la semaximum yang boleh.. Haha
Lepas withdraw duit, kteorg pegi plak Bin Thay Market.. Aku sebut Bin-Tey.. Rupanya sebutan nya Ben-Taiiii...
Naik teksi je..Sebab jauh sangat.. Nak naik bas pon boleh.. Stesyen bas tak jauh dari roundabout depan Ben Thant tu.. Naik bas no 01..Lagi senang kalau korang rasa tak konfiden nak sebut tunjuk je nama tempat tu and address sekali.. Kang ke mana plak driver tu bawa...
Bin Thay Market ni lagi dasyat dia punya barang.. Ade pinggan mangkuk, kain prada lace ni alahai murah sangat.. Ade yang jual borong.. Ade yang boleh jual meter.. Topi keledar, topi pantai banyak gila.. Mask bermacam rupa pun ada..
Bahagian atas jual tuala, barang baby and t-shirt.. Banyak sangat sampai tak terbeli.. Kalau korang memang plan nk memborong better pegi la Bin Thay ni.. Kalau setakat nak bli sikit2 beli kat Ben Thant je la..
Malam nya plak kteorg pegi jauh sikit pasar malam. Jumpa Kak Lina.. Dia ni kira femes la di kalangan orang Malaysia.. Ramai orang beli seluar jeans kat dia.. Aku ngan laki aku rembat la sorang 2 helai seluar jeans. 2 helai seluar slack.. Kain dia macam ori gak.. Ikut masing2 punya taste la kan..
Keesokan ari nya kteorg tak pegi mana sangat sebab flight balik Malaysia tengahri..
So packing2 je la.. Breakfast kat hotel macam biasa..
Overall, pegi Ho Chi Minh tak payah berhari-hari sangat.. Bagi aku kalau memang niat nk borong kain, sehari 2 je pun da cukup.. Betul.. Sebab nya : 1) Makan kat situ mahal. Buat yang memang perut nasi la.. Nak cari yang halal la.. 2) Tempat menarik seperti Sg Mekong dia mcm bosan jek.. Bg aku la.. 3) Bosan. Haha
So, nak bisnes kain pegi la Ho Chi Minh.. Nak jenjalan pegi la tempat lain.. Tu je coretan aku untuk Ho Chi Minh..
Bye!