Thursday, 20 February 2014

Senarai percutian murah ke mahal untuk 2014

Salam semua..

Aku tengah cari-cari tempat untuk our next holiday trip. Bulan October macam banyak cuti je kan..

So, senang kerja Google je la kan.. So I found this interesting website; World's Cheapest Cities...

Which I was intentionally nak pegi kat tempat salji.. sejuk beku ni..banyak lemak kan.. duduk Malaysia rasa tak cukup sejuk.. haha

So, bawah ni senarai untuk percutian dari murah ke mahal.. credit to the website laa..

  1. Pokhara, Nepal – US$14.32
  2. Hanoi, Vietnam – $15.88
  3. Chiang Mai, Thailand – $17.66
  4. Goa, India – $18.25
  5. Ho Chi Minh City, Vietnam – $18.27
  6. Kathmandu, Nepal – $18.46
  7. Vientiane, Laos – $21.38
  8. Delhi, India – $21.38
  9. Luang Prabang, Laos – $21.71
  10. Bangkok, Thailand – $21.78
  11. Phnom Penh, Cambodia – $21.95
  12. La Paz, Bolivia – $22.24
  13. Quito, Ecuador – $22.30
  14. Hoi An, Vietnam – $23.26
  15. Colombo, Sri Lanka – $23.87
  16. Bucharest, Romania – $24.24
  17. Jakarta, Indonesia – $24.67
  18. Manila, Philippines – $25.16
  19. Kiev, Ukraine – $25.36
  20. Sofia, Bulgaria – $25.95
  21. Phuket, Thailand – $26.09
  22. Siem Reap, Cambodia – $26.62
  23. Cusco, Peru – $27.03
  24. Kuta, Bali, Indonesia – $27.14
  25. Yangon, Burma/Myanmar – $27.14
  26. Cairo, Egypt – $27.53
  27. Panama City, Panama - $27.72
  28. Belgrade, Serbia – $28.27
  29. Krakow, Poland – $28.68
  30. Beijing, China – $28.97
  31. Sarajevo, Bosnia and Herzegovina – $29.26
  32. Marrakech, Morocco – $30.41
  33. Mumbai, India – $31.23
  34. Lima, Peru – $31.30
  35. San Jose, Costa Rica – $31.93
  36. Budapest, Hungary – $32.69
  37. Mexico City, Mexico – $32.73
  38. Dakar, Senegal – $33.09
  39. Macau, China – $33.14
  40. Riga, Latvia – $33.21
  41. Kuala Lumpur, Malaysia – $33.34
  42. Montevideo, Uruguay - $34.05
  43. Taipei, Taiwan – $34.64
  44. Beirut, Lebanon – $34.67
  45. Shanghai, China – $35.36
  46. Amman, Jordan – $35.39
  47. Istanbul, Turkey – $35.39
  48. Seoul, South Korea – $35.75
  49. Santiago, Chile – $36.77
  50. Warsaw, Poland – $36.91
  51. Cartagena, Colombia – $37.22
  52. Antigua, Guatemala – $37.59
  53. Boracay Island, Philippines – $37.85
  54. Cape Town, South Africa – $38.46
  55. Fez, Morocco – $39.71
  56. Zagreb, Croatia – $39.78
  57. St. Petersburg, Russia – $40.54
  58. Vilnius, Lithuania – $40.85
  59. Singapore, Singapore – $42.48
  60. Cancun, Mexico – $43.23
  61. Hong Kong, China – $44.03
  62. Moscow, Russia – $44.75
  63. Bratislava, Slovakia – $45.21
  64. Buenos Aires, Argentina – $45.29
  65. San Pedro, Belize – $49.79
  66. Prague, Czech Republic – $50.40
  67. Tenerife, Spain – $51.92
  68. Roatán Island, Honduras – $52.08
  69. Rio de Janeiro, Brazil – $54.04
  70. Santorini Island, Greece – $55.62
  71. Tallinn, Estonia – $55.95
  72. Valletta, Malta – $56.44
  73. Las Vegas, USA – $57.90
  74. Montreal, Canada – $58.29
  75. New Orleans, USA – $58.90
  76. Lisbon, Portugal – $59.32
  77. Athens, Greece – $62.33
  78. Naples, Italy – $63.70
  79. Bruges, Belgium – $66.03
  80. Barcelona, Spain – $67.67
  81. Dubai, UAE – $68.01
  82. Hamburg, Germany – $68.08
  83. Madrid, Spain – $68.77
  84. Auckland, New Zealand – $69.06
  85. Toronto, Canada – $69.26
  86. Honolulu, USA – $69.60
  87. Los Angeles, USA – $70.00
  88. Dublin, Ireland – $70.14
  89. Berlin, Germany – $70.55
  90. Tel Aviv, Israel – $71.70
  91. Washington DC, USA – $71.80
  92. Ibiza, Spain – $72.88
  93. Nice, France – $72.88
  94. Tokyo, Japan – $74.21
  95. Miami Beach, USA – $74.70
  96. Reykjavik, Iceland – $74.80
  97. Milan, Italy – $75.07
  98. San Francisco, USA – $75.40
  99. Abu Dhabi, UAE – $76.57
  100. Florence, Italy – $76.58
  101. Munich, Germany – $76.58
  102. Dubrovnik, Croatia – $76.77
  103. Vancouver, Canada – $77.04
  104. Rome, Italy – $77.53
  105. Chicago, USA – $77.60
  106. Vienna, Austria – $78.49
  107. Melbourne, Australia – $78.87
  108. Luxembourg City, Luxembourg – $78.90
  109. Paris, France – $79.51
  110. Queenstown, New Zealand – $80.64
  111. Sydney, Australia – $82.90
  112. Edinburgh, Scotland – $83.59
  113. Amsterdam, Netherlands – $86.16
  114. Brussels, Belgium – $90.14
  115. Copenhagen, Denmark – $91.03
  116. Helsinki, Finland – $91.78
  117. Caracas, Venezuela – $95.39*
  118. London, England – $97.65
  119. New York City, USA – $99.55
  120. Venice, Italy – $100.55
  121. Interlaken, Switzerland – $102.69
  122. Oslo, Norway – $104.90
  123. Stockholm, Sweden – $109.69
  124. Zurich, Switzerland – $122.22
 Nampak tak tu.. Aku punya semangat baca blog pasal trip ke Switzerland.. Tau2 mak aiii.. It's the most expensive city to go! Oh mann... Oh ye.. Warna purple tu my few options nak pegi laa..

Tapi bes kot..bes kann.. ermm.. I have another option; New Zealand..New Zealand was at 110th ranking.. So sad... Kena tuka plan lagi ni.. Aiseymannn..

But Beijing quite affordable. Jom la ke China.. My main land.. Haha... Jom book tiket.. Kalau tak book tiket selagi tu la tak terbang.. 

Tapi..hendak seribu daya..tak nak seribu dalih la kann.. Chaiyok! Ade 122 places to go sepanjang hidup ni.. Berusaha la kita..

Haha


Wednesday, 19 February 2014

Trip to Krabi # Part 2

Salam semua..

Terpaksa selitkan slot untuk tulis blog jap kat ofis.. Nak harap tulis blog kat umah laptop pon tak sempat buka, aku da bedengkur..

So, ari kedua di Krabi, hari dimulakan dengan breakfast kat hotel. Sebab kan aku penggeli, aku tak makan meal yang di provide.. Mana tak geli.. Aku tengok menu to order kat dalam bilik ade masakan pork. Mau nya aku pk ke lain..

So aku just amik bread n sapu la ngan jem n butter.. Orang tengok macam om-puteh je kan.. Padahal.. Tekak geli geleman.. Tapi laki aku ok je makan.. Dia amik kuih pulut udang n kuih pe ntah nama dia.. Tengok gamba bawah je la..

My breakfast 2nd day.. Boleh kurus macam ni..

Kuih laki aku.. Mintak tambah plak tu..
So, pas breakfast kiteorg tunggu la orang tour tu amik.. Sebab dlm pakej sekali.. Pegi Phi Phi Island and pick up and return to hotel..

Dia janji jam 8 sharp. Tungu punya tunggu ade la van datang.. Kteorg konfiden je bangun.. Tau2 ade 1 couple lagi pegi laju je ke van tu.. So ingatkan kiteorg da kna tinggal.. Aku suh laki aku kol minah tour tu.. Nama dia Aisyah..Speaking Kelantan pekat giler..Laki aku g receptionist hotel suh org counter kol kan.. And dia cakap lg 15 min van sampai.. Fuhh nasib baik..

Tak lama pas tu van pon datang..Dia mintak resit tour tu.. Korang jgn plak pandai2 tinggal resit kat hotel..

Van kami.. Masuk2 dalam ade 6 orang da dia amik.. Ade gak orang Malaysia 2 orang..

Seboleh-boleh nya dia sumbat van tuk tuk tu..
By the way.. make sure time beli pakej tu tanya abis2. Tak nak la dorang amik kat hotel guna tuk tuk tu.. Dorang suka sumbat sampai xde space utk bernafas lagi..

Maybe kalau amik pakej yang murah lagi guna tuk tuk tu.. Sebab memang ade pakej yang boleh dapat 8000 baht/person (RM80/person) .. Tapi mau kebas bontot kalau berdiri kat tuk tuk.. Dahla Krabi - Ao Nang quite far jugak.. Adela 18km..

Ni our tour guide.. Mr Moo.. English superb.. And awek2 and pakwe2 kat depan dia tu orang Thai gak.. Mcm student..

Deretan boat2 nak pusing pulau


Phi Phi Island pakej yang kita ambik ni ade 8 pit stop..Pulau, snorkeling, pastu pulau lagi and seterusnya..

Journey start.. Cantik gile laut dia..

1st Pit Stop.. Bamboo Island..
Tak de pon bamboo dia.. Nama je Bamboo Island.. Tapi macam biasa la.. Pantai bersih.. View cantik.. kat sini semua aktiviti bebas.. Nak g toilet ke.. Nak lepak2 kedai minum ke.. Tapi aku ngan laki aku dok lepak saje je la.. Nama pon honeymoon..berkepit je la..


Panas Ya rabbi.. Para lelaki suka la.. Sume bikini - uniform.. Haha

Sawadeekapppp... Distraction je kan yg berbikini kat belakang tu.. Isk..
Our next pit stop.. They provide all accessories for snorkeling.. Once you lose them, you will be charged 150 dollar..
Sesungguhnya aku memang takut nak main air ni.. Tak tau la sejak bila aku fobia sangat nak main air.. Aku try beranikan diri la sebab aku tau laki aku suka sangat snorkeling ni.. Terror kot dia.. Sob sob.. Aku gaya je lebih..Tau2 kejap2 tarik safety vest laki aku.. Haha


Laki aku kusyuk la.. Sibuk tangkap gambar ikan kat bawah tu..
Aku masuk air kejap je.. Pastu aku suh laki aku tarik aku ke boat balik.. Haha aku memang penakut.. Serius.. Stress jugak laki aku.. last2 aku mengalah la.. Aku jd pom pom girl je kt atas boat.. Kang kalau aku wat muka sedih2 dia xnak snorkeling daa..

Gamba in the sea yang laki aku snap.. Banyak lagi dia snap..Tapi gamba bikini dalam air.. Haha

Road to our buffet lunch.. 
Lunch plak kat Pulau Phi Phi Leh (maybe).. Aku tak ingat daa..Waaaaa Nak menapak tu boleh tahan gak jauh.. Mr Moo awal2 da pesan yang mknan tu halal.. Kiteorg je Muslim dlm boat tu kan.. Lunch provided memang puas ati.. Aku tak sempat ambik gamba mknan.. Sebab kiteorg mmg lapo..

Ade tomyam, ikan, nasi putih, spagetti, and the most important is it was a buffet! Konfem la kami laki bini ni menambah2.. haha..

So, jangan malu jangan segan.. Tambah je.. Lunch hour dorang bg masa 45 min kot.. Toilet ade berdekatan..

Muka kenyang..Pas makan blh minum air panas g..

Aksi penting..Pas makan kenyang kita lompat..

Next stop kat tempat monyet..
Kat tempat monyet2 ni semua org tak turun pun.. Dia just suh tengok dari jauh.. Aku pn tak minat sangat nak turun.. Banyak kot monyet kat Malaysia.. Hehe

Ni Viking place..
Tempat ni memang cantik giler.. Air dia hijau and gua-gua tu looks very scary.. Tapi view dia MasyaAllah! Tuhan je tau betapa bersyukur nya aku dapat tengok keindahan Tuhan ni..

Mr Moo bgtau banyak casting film kat sini.. Dia cte la banyak benda tapi aku x dengar sangat.. Kusyuk lagi tengok view and air2 hijau.. Very crystal clear water.. Seriously!!

Kat sini tak turun gak.. Boat just pusing2 area ni.. And boleh la kami ambik gamba banyak2..
Soooo prettty and clean water!

Along the Viking area
 Next, kami pon pegi another pulau.. Seriously I cannot remember the name..

My husband's favorite picture.. Me or the bikini girl?

Macam ade power je laki aku ni..
All pictures took by husband's new camera..Linux.. Cantik2 gamba kan.. Thanks.. kikiki

Us
 Hati2 nak duduk kat bawah gua tu.. Aku ingat licin je.. Tau2 tajam giler ok..

Abis tangan aku luka.. Cengkerang siput tu tajam gila kot.. Better korang je guna beg waterproof.. At least tak risau passport and wallet korang basah.. Boleh je tinggal beg kat boat tapi rasa macam tak caya plak..


Nah.. lompatan terakhir dari penulis..
So, tu la pulau terakhir.. lepas tu kitaorg pon balik ke Ao Nang dengan hati yang senang.. manyakk senang woo..

Overall..1200 baht/person is worth to try.. Good view, good trip, good company, and good food! As long as you know how behave, keep track, mingle with surrounding and survive then everything is fine..

Thank God husband being so sporting melayan my karenah for the whole trip.. haha

Sampai kat hotel jam 5pm. And malam tu decide nak pegi Night Market Krabi. Ade kat Krabi Town. So dekat je la ngan hotel kteorg.. Rehat2 jap Pastu jam 6 gerak la ngan motor ksayangan pink kami tu..

Finally husband aku boleh lepas gian bawa motor. Kat KL aku tak bg.. Kat Krabi dengan aku skali bonceng..Haha

Some of Night Market Krabi craft 

It's a candle.. Pretty design isn't?

Sticker Thai Thai
The craft that I love most is crocheted baby jacket! Cute to the max! Sayang nya tak de baby kan.. Kalau ade, sebundle aku bli.. Haha Harga boleh tahan gak la.. Tu yang syg nak bli.. Nak bli utk anak buah berkira giler.. Haha

Malam sabtu ade persembahan.Boleh la nak layan telinga lagu Thai
 Night Market Krabi open only on weekend..Friday - Sunday.. Start jam 6pm ke atas.. Tak tau la sampai jam berapa..

Aku beli baju I love Krabi kat sini la.. Actually kat pasar ni mahal jugak.. Cuba korang pusing2 kat kedai2 area night market tu.. Banyak kedai2 yang jual algi murah dari pasar malam tu.. Lepas kiteorg beli baru perasan.. Nyesal pon tak guna.. Hehe


Pad Thai.. Abg yg jual tu berkopiah.. Kedai dia tulis I am Muslim.. 
Make sure korang datang pasar malam ni awal sikit la.. Tempat dia kat Krabi Town area2 kedai motor tu..

Kteorg pon tanya kat orang2 situ.. Tapi kalau korang rasa tempat tu ramai orang ye la tu.. Tempat duduk limited.. Kalau org Islam pegi tak banyak la yang boleh makan.. Sebab aku ni bukan jenis yang rajin cuba makanan baru.. Lagi2 yang tak de tanda halal..

Nasib baik time pegi tu ade orang Malaysia gak 1 family.. Boleh la tumpang meja dorang.. Kalau tak kena tunggu la meja2 mana yg agak2 da abis makan..

Lepas blk dr pasar malam tu aku punya lapo lagi.. Bayangkan je la brp banyak je la pad thai tu.. Haha

Dasarrrr perut gajah kann..

Sotong goreng tepung, tomyam, telur dadar.. Haha diet ni..diettt
 Kiteorg pusing2 gak cari tempat makan.. Tau2 makan kat depan hotel tu je.. Depan Krabi Royal Hotel ni ade 2 kedai makan..1 kedai tu melayu punya kot..memang ramai melayu makan.. tapi malam dia buka untuk steamboat je la..

Yang kiteorg pegi ni kedai kedua.. Time kami sampai memang tak de orang.. beza sungguh dengan kedai sebelah..

Tengok2 menu mmg mahal.. Macam makan kat airport.. Tapi demi perut yang lapo.. Terpaksa je la.. Lagipun duit baht banyak lg.. Huhu

Front view.. Tak ramai orang kedai ni.. Makan ok je.. Biasa..
Dah kenyang.. Pe lagi.. Balik tido la..

Esok nak balik Malaysia da.. zzZZZzzz


See you again on the Krabi final post!

Bye!



Tuesday, 11 February 2014

Trip to Krabi # Part1

Salam semua..

Trip g Krabi 3D2N dengan suami tercinta. Baru minggu lepas g Bandung kan.. Tapi tu ngan my sister..So Krabi ni memang husband yg booking hotel n flight. Dia merajuk aku x blikan dia tket g Bandung ari tu..Haha

Flight kteorg jam 1.30pm by AirAsia.. Jam 10 am da gerak dari umah... Parked kete kat Putrajaya Sentral, naik ERL ke Salak Tinggi (RM5.50) and then amik  bas transit ke LCCT (FREE) plak..

Sampai2 Air Asia ingat boleh masuk boarding room terus..But because of the boarding room for Gate Y1 & Y2 is smaller, we are prohibited to enter until 12.30pm..So, kteorg sempat lagi makan Marry Brown. Laki aku je la..Aku tak selera makan..Perut terasa ade rama-rama.. Tak sabo nak ke Krabi.. Ngeeeee

Gamba wajib I guess? Mcm 1st time naik...wekk 
By the way.. Flight amik masa 1 jam 15 min (approximately) je..So tak lama la ddk dalam flight. Aku plak memang tak suka ddk kat flight lma2..

Sawadeeeekappppp.. 
Buat korang yg first time datang.. Tak boleh amik gmba dalam Arrival Hall tau.. Aku amik ni sepantas kilat sebab aku dgr laki aku menjerit "Sayang!" and dia tunjuk kat gmba kamera kena pangkah.. Means tak boleh amik gamba la..

Dahla pekerja imigresen dia ni muka ketat seketat-ketat ketatnya... Strict la tu konon.. Boringggg..

So, settle everything with passport and arrival declaration form, kteorg yang blur2 ni pon turun la nak cari jalan nak g hotel..

Public Transport at Krabi Airport
Korang boleh la pilih nak naik taxi or bus. Kteorg naik shuttle bas je.. Sorang 90baht..

Oh, by the way.. kami da tuka duit baht siap2.. RM900 = 8755baht.. Aku tuka kat Giant Seri Kembangan Money Changer.. 100baht = RM10.28.. So far ok la tu kan.. Malas nak menapak kat Masjid Jamek demi nak tuka duit.. Kos nak pegi sana sama or maybe lebih lagi dari menapak ke Giant aku tu..

Alang2 da duduk kat airport, kteorg try usha2 kot2 dpt harga murah utk nak ke Phi Phi Island esok..

So far aku baca blog..Semua dapat harga 1200baht/pax utk ke Phi Phi Island.. So, jumpa akak kelantan sorang ni.. Dia jaga kiosk pakej2 ke pulau..Boleh cakap melayu dengan fasih nya..At least tak la kejutan budaya kan..Sampai2 negara org ade gak yang ckp melayu.. Akak tu offer 1100 baht/pax.. So kteorg amik je la..

Shuttle bas from Airport - Hotel

Shuttle bas ni trus anta direct ke hotel. Tapi utk kteorg yang blur tahap gaban yang tak tau celah mana Krabi Royal tu follow je bus bawak g mana.. Padahal lalu je hotel kteorg.. Bus tu stop kat Tourism Center kat Krabi Town. Mana nak g Ao Nang, mana nak g Krabi Town je..

Actually Ao Nang tu area pantai..20 minit dari Krabi Town.. Kalau nak bes lagi better duduk kat Ao Nang.. Tapi buat yang super blur tak tau pape ni.. Hubby just booked tiket flight and hotel skali gus.. So tak tau la hotel tu kat town ke pantai ke..

Tapi ok la.. Traffic kat Krabi mmg awesome! Awesome la kan kalau compare ngan Bandung.. 10 times better than Bandung.. No, 100 times better!

Errr... Krabi Royal Hotel Room
Hotel dia tak la se-Royal mana pon.. Tapi ok la kan dari merempat kat guest house.. Hehe.. Hotel dia lama tapi channel tv punya banyak.. Tapi macam biasa la.. Banyak channel Thai je.. Nasib baik ade HBO..

Mula2 nak check in nak hangin jugak kami laki bini.. Ade ke dia cakap tak de dalam sistem.. Cakap omputeh pon x brapa nak pndai.. Tbe2 cakap xde dalam sistem.. Last2 aku pn mintak dia panggilkan manager or boss besar dia.. Sbb aku bajet mestilah bos bsr dia pndai ckp omputeh..

Tunggu pnya tunggu pom td da ilang..org lain yg dtg bgtau bilik kteorg ade..blh msuk trus.. puiiihh mende la.. Ok.. Jgn stress..

Sampai2 bilik kteorg rehat jap.. We're decided to rent a motorbike for 2 days.. Amik kau..tengok jalan aman damai sihat sejahtera lagi.. Terus decide nak amik motor.. aku boleh bagi rating 8/10 la kalau jalan kat situ.. memang best..

Motor skuter yang disewa..
Harga untuk motorsikal sewa di Krabi Town 250baht/day.. Kalau amik 3 ari dapat 700baht.. Okla tu kan.. Another alternative is tuk tuk.. Sana banyak gak tuk tuk.. Tapi tak sesedih Bandung nye tuk tuk la.. Krabi tuk tuk lagi bersih and cool.. Tak de nak paksa2 org mc kat Bandung..

Dapat je motor sewa.. Kiteorg trus ke Ao Nang Beach.. Konfiden takk.. Nak harap kat map tak boleh jgk.. Sbb yg bc map adalah pompuan (aku la).. So memang letak balik dalam beg.. Mula2 nak harapkan sign board je.. Tapi bila da melalut ntah ke pantai mana laki aku kluakan hp dia..Ade plak map Sygic Map.. Ade kat Play Store.. Benda tu kna purchase. Tapi kiteorg guna yg trial je. Ade 7 days free trial.. Berguna weh..Tak guna internet pon..Guna GPS n satelite je..

Finally sampai gak ke Ao Nang Beach.. Aku terasa nak terbang je ddk belakang. Mau nye tak terbang.. Laki aku kata dia bw 80km/j je.. Aku rasa mcm 120km/j.. Laju gle..

Sampai-sampai aku betul2 lapa.. Kat flight tak beli mknan pon..Kat airport tak makan..Sombong..Haha

Chaba Thai Kitchen
Senang giler nak cari kedai ni.. memang tepi jalan je.. Sebelum sampai kat area pantai..Aku baca kat internet semua dok cte pasal makan kat sini.. Kedai biasa je and makanan dia pon boleh la..Kerabu mangga pedas gler weh..

Nak cari kedai makan halal, cari yang ade lambang bulan dan bintang.. Tu laki aku bgtau la.. Dia pon tau dari blog mana ntah..

Heading to Ao Nang Beach~
Lepas perut da kenyang, trus ke Ao Nang beach..Da petang pon situ.. Kat Krabi lambat 1 jam dari jam Malaysia ok..

Sunset at Krabi..~
Kteorg menyusuri pantai-pantai kat situ.. Memang bersih la pantai dorang nih..Kalau compare ngan pntai kat Teluk Chempedak.. Kagum aku ngan kerajaan sini.. Setiap pokok ade plastik tong sampah.. Kalau korang datang nanti xde plastik, nasib korang la.. Haha

Aku ade terbaca blog pasal Pancake kat area Ao Nang Beach ni.. Pakcik tu boleh cakap Melayu.. Kteorg jmpa gak dia.. Dia parking kat depan Hotel Holiday Inn.. Punya la aku excited..

Kedai atas moto je pon..Haha
Tapi serius pakcik ni punya pancake sedap.. Napa la panggil pancake.. Sebetul nya Roti Canai kosong je pon.. Aku pilih Pancake Banana Choc.. Pakcik ni buat rangup gle kot.. Sedap gila.. Haha semua gila kalau bab2 makan..

Tak ramai yang beli..ramai yang amik gamba je..Aku je yg beli..Haha
Aku beli 1 je..Sebab nak try.. Kongsi plak ngan laki aku.. Aku ni dhla kedekut bab2 mknan.. Haha

Sedap kan rupa dia..Rasa dia lagi sedap kot.. Haha
 Mungkin sebab aku penggemar sweet dessert.. so, bnda2 manis mcm ni mmg aku suka la.. Must try at Krabi!

Da kenyang makan 1, order lagi 1 utk bawa balik bilik.. Tamak tak tamak tu..Haha

And then, kteorg trus balik hotel n berehat..

Krabi second day on the next entry ye!

Bye~



Monday, 10 February 2014

Trip to Bandung #4 - Final

Salam semua..

Sebelum igauan ngeri dan ingatan ke Bandung lupus dalam otak aku, baik aku sambung je cerita pasal ke Bandung nih..

So, ari ke 4 kiteorang kat Bandung aku hired Pak Supir.. Nombor Pak Supir ni aku dapat dari internet gak..

Nama dia Pak Asep.. Nombor2 Pak Supir ni kalau korang nak comment la kat bawah.. Sebab sume nombor Pak Supir ade dalam sim kad SIMPATI aku tu.. Malas plak nak kuar kan..Kiki

So, da dapat kol Pak Asep.. Dia pon datang kat lobby hotel jam 9am.. Sharp tuh..

First2 kiteorg mintak dia bawa ke Pasar Baru.. Tak abis2 ngan Pasar Baru.. Dah last minute baru akak n husband aku nk kirim brg.. byk plak tuh..

So, sampai kat Pasar Baru, Pak Asep bgtau ade kawan dia akan iring kiteorg cari brg kat dalam.. Nama dia Iwan.. Badan comel2 gitu.. :)

Iwan akan tanya kita nak beli ape kat dalam ni.. Buat aku yg dah habis pusing kat dalam tu as per mention in my previous entry, aku malas nak pusing lg. Kaki da capek..

So, aku mintak dia tunjuk kedai yang jual telekung, kain pasang n baju yg murah..

Harga kat kedai tu mmg jauh lg murah dari yang aku beli time aku g 2 ari lepas.. Damn betoll..

Boleh la murah 100ribu Rp kan..

Yang penting korang2 semua memang kena pndai tawar and kira la ofkos.. Sob sob..

Abis shopping Iwan ni akan angkut semua barang2 kita..Bes jugak kan.. Tak de la badan cepat penat sebab dok bawa brg2 berat..

Before klua Pasar BAru, aku bg tips kat dia sikit.. adela 20 ribu kot..

So, abis cerita kat Pasar Baru. Then next destination is Rumah Mode.. Pak Supir aku yang nama Pak Dedi tu bukannya nak berenti kat Rumah mode.. Sbab time tu tghari kot.. Dia malas nk msuk sbb jem.. Cess..

Adik aku suka sangat ngan patung2 nih..
Kat Rumah Mode ni aku tak bermaya lagi nak shopping.. Tengok baju memang banyak..Tapi harga mak aih..mahal jugak...

Tak sampai 10 minit kat dalam aku da blah.. Sempat la amik gamba depan Rumah Mode tu kan.. Hehe

Tengok la muka n dressing aku tu.. Mcam bibik.. Haha
Malas gila nak jalan dah wey.. Bosan da aku kat Bandung.. Dahla tak jumpa kedai baju utk aku yang lawa2.. Stress!

Baju kat dalam kedai ni serupa baju2 yang di jual kat kedai F.O.S Malaysia, Reject Shop Malaysia..

Banyak baju korea.. Haha

Kat Rumah mode ni  banyak kedai makan ye.. Bumbu Bali ke Bumbu Desa pon ade kat sini.. Tapi tak selera plak aku makan lagi kat sini..

Takut gastrik lagi.. :(

So, lepas kua dari Rumah Mode aku terus suh Pak Asep antar ke Kartika Sari..

Memang banyak gila brownies and segala bagai snack dalam nih.. Tapi aku paling suka Brownies Cho Chip.. Time amik dari kaunter tu.. Mak aiiihh panas gila kot.. Memang suma baru lepas masak.. And it will be more worth it if you can eat that directly on the spot!

Aku saving gila kot.. Tak nak makan sebab sayang.. Tau2 bawa sampai Malaysia dah kurang sedap sebab da tak panas.. Bila panaskan ngan microwave rasa dia da lari.. ;(

So, kalau boleh tak yang beli banyak la.. Membazir je nanti..


Ni la hasil aku kat Kartika Sari.. Huhu
Sebabnya time kat Kartika Sari ni ramai gak orang.. Orang Malaysia la ramai.. Haha So, aku tak tau nak pilih ape.. Aku ikut je orang2 indon lain yang beli.. Mesti lah dorang tau mn yang sedap kan... Hehe

Lepas pegi Kartika Sari, kiteorang pon dah lapa.. Suh Pak Asep cari kedai makan berdekatan.. Jalan time tu dah macet sangat.. So, aku suh Pak Asep bawa kat kedai makan berdekatan je.. Sebab nak balik and rehat.. Penat sangat kot..

Pak Asep bawa kiteorg kat Restoran Nasi Padang kat Setiabudi kot.. Pak Asep kata tu restoran orang Malaysia.. Masuk2 je orang boleh tahan ramai.. Kat tepi pintu masuk restoran ade kotak derma.. Penuh ngan duit Malaysia.. Betul la tu restorang orang Malaysia.. Haha

Kiteorg tapau je.. Sebab tak larat nak makan kat kedai.. Haha keji gila.. Padahal tak ajak Pak Asep makan sama..

Haha

Balik2 trus makan denagn lahap nya.. Pastu malam tu aku ngan adik aku menderita gastrik.. Sesungguhnya nasi Indon tak sesuai ngan perut kami.. Haha Better je korang bawa bubur nasi ke.. Maggi ke.. Or pape la.. Aku nasib baik la bawa sardine.. Tapi yang problem nya bukan lauk.. Nasi dorang tu tak ngam.. Aihh mcm2..

.............................................................################......................................................................

Last day kat Bandung...

Flight dari Bandung jam 8.30am.. Kiteorng da check in siap2 time nak fly dari Malaysia dulu.. Tak yah nak berebut kat kaunter.. Tinggal nak drop bag je la..

Sampai2 memang ramai orang Malaysia tengah tunggu nak check in.. Aku macam biasa la.. Cari peluang nak check in bag awal.. Haha Buka je kaunter aku terus pancung depan.. Yang lain blur - blur lagi nak check in mana.. Konfiden tu penting..

Tapi tak guna gak laju2.. Lepas check in bag..time tu baru jam 6.45am.. Imigresen buka jam 7.30am.. Gila betul.. Berdiri la aku ngan adik aku depan imigresen.. Tunggu dorang betulkan baju... Ade yang baru nak tuka uniform.. Aih.. How I love Malaysia..

Kalau tunggu tu ade tempat duduk tak pe.. Ni sume berdiri tercongok depan Imigresen.. Letak la kerusi 1,2 kan elok.. Tak fahamm..

Muka stress!
Gamba di atas menunjukkan aku berdiri membuang berat kat troli tu.. Selagi troli tak patah selagi tu la aku menyendel kat situ menunggu imigresen buka..

Ade jugak pekerja airport sana yang offer utk masuk ke airport lounge.. Tapi kena bayar 75 ribu Rp sorang.. Kira2 tak la mahal pon kan.. Tapi punya kedekut nak bagi duit kat dorang.. Sanggup berdiri depan kaunter dengan setia..

Korang jangan lupa plak..sebelum baris depan imigresen ni.. pegi bayar tax airport 75 ribu Rp dulu kat kaunter.. Bukan Kaunter check in.. Kaunter document check ke.. Lupa da.. Area nak g toilet la yang penting..

Begambar depan airport katanya...
Finally dah boleh masuk and kiteorg pon terbang balik ke Malaysia.. Dalam kepala otak aku hanya ingatkan nasi Arab restoran Saba, Cyberjaya..

Haha memang rindu nasi Malaysia.. Kesimpulannya, total belanja kat Bandung roughly is about RM2500.. Termasuk makan, minum, shopping and etc.. Tak termasuk tiket flight and hotel ye..

Trip to Krabi akan menyusul..

Bye!

Monday, 3 February 2014

Trip to Bandung # Part 3

Salam semua..

Nak baca my previous entry : Trip to Bandung # Part 2

So, seperti yang dijanjikan dengan Pak Dedi ( Refer entry Trip to Bandung # Part 2 ) , aku hire dia as our Pak Supir with cost 600,000Rp / day.. Mahal ke murah aku pon tak tau la.. Tapi banyak aku baca kat internet ade yang dapat 450,000Rp je..

Tapi nasib kami memang malang ngan Pak Dedi ni.. Pagi2 mood dah choiii... Org melintas jalan dia main langgar je.. Bapak la.. Cuba la bg peluang org nak lintas jalan kan.. Ni.. Main langgar je.. Tak ke kesian gedebuk orang tua tu jatuh.. Nasib dia keluar.and cerita2 ckit pas tu ok la... Stress!

So, ari ni agenda nya nak pegi mana-mana yang tak boleh kiteorg g guna teksi la.. Malas da nak guna teksi.. Asyik kena paw je..

Sempat amik gamba lagi b4 kluar.. Mata sembab sebab nangis rindukan husband Malaysia.. Haha
Jam 6 da bangun kot.. Dah jerit2 kat adik aku suh bangun.. Minah ni punya liat nak bangun.. Janji ngan Pak Dedi jam 7.30 kat lobi.. So jam 7 pagi kiteorg da turun breakfast..

Breakfast dia lain2 setiap ari.. Yang sama telur tu je la.. Scramble egg Bandung.. Haha

Aku banyak baca pasal trip ke Bandung..tapi aku tak tau plak Tangkuban Perahu ni kat ats bukit.. Jalan berpusing2 gak macam pegi Genting.. Tapi sekejap je la.. Maybe sebab kiteorg g awal pagi kot.. Jalan smooth je.. Kalau aku tau jalan dia berpusing2..Xde la aku makan banyak breakfast kan.. Huhu

Sorang kena caj 75,000Rp da..Dulu 50,000Rp..Ish
Perjalanan hotel - Tangkuban Perahu ni amik masa sejam jugak.. Sampai2 je ade orng approach.. Dia g explain psl T.P and tolong amik gamba kiteorg.. Aku mula2 malas nak layan.. Sebab in the same time, kua2 kereta ramai yang approach suh beli keychain la..telekung la.. Tapi laki yang explain tu guna name card.. So aku pon tanya dia card tu ape..

Rupanya dia tourist guide.. Dia akan explain la pape yang kita nak tau.. Dia tolong amik gamba n aku plak blur2 bg je hp kat dia kan.. Lupa plak nak bg tips kat dia..

Gadis-gadis berani pergi Bandung berdua. Haha
So, kiteorg spend time sana tak lama la.. makin lama makin ramai orang datang.. bau sulfur tu boleh tahan kuat jugak..

Aku ingat nak pegi kawah domas.. yang boleh masak telur and salut badan guna tanah tu.. tapi Pak Supir aku dengan laju nya lalu je tak berenti pon..sakit nya hati.. Aku tanya dia tak berenti ke.. Dia boleh jawab.. Ya..Tak berenti.. Aku dah konfius sape yang jadi pak supir sape yang bayar nih..

Nasib baik aku sempat tengok Strawberry Farm time on d way ke T.P.. Aku mintak dia singgah la kejap time otw turun dari T.P tu..
Entrance Fee : 10,000 Rp sorang.. Lepas tu kalau g petik strawberry, 1 kg = 75,000 Rp kena caj.. Aku petik 100gram je kot.. Haha Oh, and dapat free strawberry juice segelas per person.. Sedap gak.. Ori giler strawberry juice dia..

Nak naik kuda boleh gak situ..Tapi laluannya jalanraya la.. Aku malas la nak membahayakan diri. Dengan jalan yang jem, driver pon bawa tak tentu pasal.. Stress #5 Nak naik kuda. Tapi laluan nya jalan raya yang jem.

Kat Strawberry Farm tu laen plak penjual2 jalanan nya.. Jual strawberry la.. blueberry la..raspberry la.. Aku rasa nak tanya je.. Blackberry tak de???

Haha Adik aku stress.

Petik strawberry konon nya..

Strawberry Juice.. Sedap!
Keluar dari Strawberry Farm, aku mintak g Factory Outlet plak.. So, Pak Dedi anta la kiteorg p Grande. Time ni stress bertambah tinggi.. Haha Stress #6 Kena paksa beli kain sarung and keychain and mcm2 lagi! Baru kelua kete da kena serbu.. Mak aiii.. Stress giler ok... Nak begamba depan kedai pon x boleh.. Mende la..

Hurmm.. Grande? Ingatkan aku boleh jumpa baju2 aku dalam FO. Tapi hampa lagi.. Kat sini memang banyak baju lelaki..So, x dapat beli baju aku, beli bju laki aku je la.. Kalau ikutkan abis aku borong bju dalam tu.. Tapi pk kan byk hari lagi nak ddk kat Bandung.. So beli je la yang mampu..

Waaaa... Dahla aku bawa 3 juta Rp je.. Ari kedua da abis! Sehari pengeluaran RM 500 je.. Punya la sedih.. Haha

Nah tengok..Kiri kanan adik aku ade penjual faveret dia.. Haha

Aku xnak guna lagi kad kredit aku time ni.. semua depends ngan cash yang ade.. So sikit je la membeli.. Haha

So, next destination aku g Terminal Tas. Kat sini memang banyak handbag.. Tapi yang aku berkenan macam da xde je.. Nasib ade bilik Terminal Tas exclusive.. Kat situ ade banyak beg2 yang aku nak.. Tapi harga dia berjuta2 rupiah la.. Time tu la aku da tak pk pasal cash yang ade.. Kad kredit truss aku swipe.. Haha.. Make sure la korang active kan intenational usage utk kad kredit and kad atm korang.. Haha

Kasut pon ade dalam Terminal Tas ni.. Kasut aku konfem la kan xde saiz.. Serius org indon saiz kaki kecik2.. Saiz aku kalau nak pon kat area kasut Pria la.. Waaaaa Stress #7 Jangan mimpi nak shopping kasut kat Indonesia kalau saiz kaki ko saiz kaki gajah!

Next destination is Toko Tiga.. Jeans heaven.. Memang banyak pon jeans.. Harga 399,000Rp - 800,000Rp.. Convert cepat.. So, aku raba pegang la jeans kat sini.. Erm.. Ade yang ori, ade yang half ori..

Aku amik la 1 jeans cni..600,000Rp.. Kalau ikutkan harga masih kurang la banding Malaysia.. Nak harapkan Levi's Malaysia pk la 10 kali nak bli sbulan skali kan.. Hahaha..And jeans utk hubby sekali.. Baju adidas banyak gak.. Tapi tak larat da aku nak cari utk suami tersayang.. Kaki aku da kematu.. Haha

Tempat potong jeans.. Berbulu gak aku tunggu..
Potong jeans nya gratis (free) ya.. Tapi yang free tu kalau korang nak suh dia potong and jahit lipat dalam skali je.. aku suh dia buat ikut ori punya jahit..potong and kain yg d potong jahit blk kat lua.. So yang tu di charged 10,000 Rp ya..

Kat sini memang semua customer Malaysia.. Giler ah.. Baru aku tau org Malaysia shopping slua jeans kat Bandung.. Hahaha..

Lepas dari Toko Tiga tu aku ingat nak singgah Rumah Mode.. Boleh plak Pak Supir tu lalu je.. Tak berenti pon..Kurang ajar btul..

Balik tu terus pengsan.. Haha penat gila.. tahap stress tinggi kat sini.. Ke mmg aku je yang stress.. Haha

Next part sambung jap lagi..

Bye!